TUTONG CAMP, Tuesday, 20th May 2026 – The Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) of the Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) organised the Pace Stick Drill Competition at the 2Bn RBLF Parade Square from 19th to 20th May 2026. Officiating the closing event was Major Mohammad Sufrien bin Johan, Commanding Officer of 2Bn RBLF.
This year's competition involved 56 SNCOs, divided into eight groups of seven personnel each. The Champion group was awarded to Group 1, led by Warrant Officer 2 Norman bin Ismail. The Runner-Up was Group 8, led by Warrant Officer 2 Hermanto bin Mustapha, while Third Place was awarded to Group 3, led by Staff Sergeant Markedilla bin Markamdi. In addition, prizes were also presented for the Best Ceremonial Dress Inspection Group, won by Group 6, while the Best Drill Commander was awarded to Warrant Officer 2 Norman bin Ismail.
This competition is aimed at enhancing the drilling skills and standard, parade leadership, and strengthening professionalism, as well as unity among the SNCOs.






PERLAWANAN KAWAD TONGKAT PTB-PTB KANAN 2BN TDDB
PERKHEMAHAN TUTONG, Selasa, 20 Mei 2026 – Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Perlawanan Kawad Tongkat yang berlangsung di Padang Kawad 2Bn TDDB dari 19 hingga 20 Mei 2026. Hadir bagi menyempurnakan acara penutup ialah Mejar Mohammad Sufrien bin Johan, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB.
Perlawanan pada tahun ini melibatkan 56 anggota PTB Kanan yang di bahagikan kepada lapan kumpulan dengan tujuh anggota setiap kumpulan. Juara kawad berkumpulan telah disandang oleh Kumpulan 1 yang diketuai oleh Pegawai Waran 2 Norman bin Ismail. Manakala Naib Juara ialah Kumpulan 8 yang diketuai oleh Pegawai Waran 2 Hermanto bin Mustapha, manakala tempat ketiga ialah Kumpulan 3 yang diketuai oleh Staf Sarjan Markedilla bin Markamdi. Selain itu, hadiah juga turut diberikan kepada kumpulan terbaik bagi Pemeriksaan Pakaian Istiadat yang dimenangi oleh Kumpulan 6, manakala Ketua Kawalan Terbaik ialah Pegawai Waran 2 Norman bin Ismail.
Perlawanan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan standard kawad, kepimpinan dalam perbarisan, dan mengukuhkan profesionalisme serta perpaduan di kalangan PTB-PTB Kanan.