BOLKIAH GARRISON, Thursday, 14th May 2026 – A total of 32 students from the Jerudong Park Medical Centre (JPMC) College of Health Sciences completed their clinical placement with the Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), from 24th February 2026 to 14th May 2026. All students were attached to four Medical Reception Stations (MRS), namely Bolkiah Garrison, Muara Naval Base, Rimba Air Force Base and Penanjong Garrison.
Throughout the placement, the students received hands-on clinical exposure in a military medical environment. They were involved in various clinical activities, including assisting in triage procedures, conducting clinical assessments and supporting medical examinations for Royal Brunei Armed Forces (RBAF) recruitment.
The programme provided valuable exposure to military healthcare services while enhancing the students' knowledge, practical skills and understanding of clinical procedures in an operational setting. The successful completion of the clinical placement reflects the continued collaboration between JPMC College of Health Sciences and Medical Services, RBLF in supporting the development of skilled and competent healthcare professionals in Negara Brunei Darussalam.




32 PELAJAR KOLEJ SAINS KESIHATAN JPMC MENAMATKAN PENEMPATAN KLINIKAL
BOLKIAH GARISON, Khamis, 14 Mei 2026 – Seramai 32 orang pelajar dari Kolej Sains Kesihatan Jerudong Park Medical Centre (JPMC) telah menamatkan penempatan klinikal di Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), yang dilaksanakan dari 24 Februari 2026 hingga 14 Mei 2026. Semua pelajar ditempatkan di empat Medical Reception Stations (MRS), iaitu di Bolkiah Garison, Pangkalan Tentera Laut Muara, Pangkalan Tentera Udara Rimba dan Penanjong Garison.
Sepanjang penempatan tersebut, para pelajar telah diberikan pendedahan klinikal secara langsung dalam persekitaran perubatan ketenteraan. Mereka turut terlibat dalam pelbagai aktiviti klinikal termasuk membantu prosedur triaj, menjalankan penilaian klinikal serta menyokong pemeriksaan kesihatan bagi pengambilan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Program tersebut memberikan pendedahan yang berharga mengenai perkhidmatan kesihatan ketenteraan di samping memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran praktikal dan pemahaman para pelajar terhadap prosedur klinikal dalam suasana operasi. Kejayaan penempatan klinikal ini mencerminkan kerjasama berterusan antara Kolej Sains Kesihatan dan Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dalam mendokong pembangunan tenaga profesional kesihatan yang berkemahiran dan kompeten di Negara Brunei Darussalam.