Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

EXERCISE LATMA KERIS SATRIA EXERCISE 17/2026 CONCLUDES


BANGAR CAMP, Monday, 27th April 2026 – The closing ceremony of Exercise LATMA KERIS SATRIA 17/2026 took place at 'E' Company, First Battalion, Royal Brunei Land Forces (RBLF), Bangar Camp. The eight-day bilateral exercise, conducted from 20th to 27th April 2026, involved personnel from 1Bn RBLF and Infantry Battalion 614/Raja Pandhita, Indonesian National Army–Army (Yonif 614/RJP TNI-AD).

The ceremony was attended by the Field Commander RBLF, Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, and the Commander of Regional Military Command VI/Mulawarman, Major General Krido Pramono. The proceedings commenced with an inspection of the parade, followed by the delivery of closing remarks.

In his address, the Field Commander RBLF underscored the successful  execution of the exercise and its significance in enhancing operational synergy and strengthening professional ties between both armed forces. He noted that the training serials contributed to improved procedural alignment and operational readiness in conducting joint contributed  operations, particularly in the areas of humanitarian assistance and disaster relief. He further emphasised that such engagements continue to reinforce mutual trust, interoperability and enduring defence relations between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia.

Meanwhile, in the remarks of Commander of Regional Military Command VI/Mulawarman, he  described the exercise as an effective platform for the exchange of knowledge and best practices, contributing to the development of participants' capabilities and confidence. He also expressed appreciation to RBLF for the excellent organisation and warm hospitality throughout the exercise, before officially declaring Exercise LATMA KERIS SATRIA 17/2026 closed.

Exercise LATMA KERIS SATRIA is a recurring bilateral engagement conducted on a rotational basis between RBLF and TNI-AD. The exercise continues to strengthen practical cooperation, enhance combat readiness and promote tactical interoperability between both armies, while actively supporting broader defence diplomacy efforts.







UPACARA PENUTUP EKSESAIS LATMA KERIS SATRIA SIRI 17/2026

PERKHEMAHAN BANGAR, Isnin, 27 April 2026 – Eksesais LATMA KERIS SATRIA Siri 17/2026 telah berakhir dengan upacara penutup yang diadakan di Kompeni 'E', Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Perkhemahan Bangar. Eksesais dua hala yang berlangsung selama lapan hari, dari 20 hingga 27 April 2026, melibatkan penyertaan anggota 1Bn TDDB dan Batalyon Infanteri 614/Raja Pandhita, Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (Yonif 614/RJP TNI-AD).

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah Medan TDDB, Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, serta Panglima Komando Daerah Militer VI/Mulawarman, Mayor Jenderal TNI Krido Pramono. Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, diikuti dengan ucapan penutup.

Dalam ucapannya, Pemerintah Medan TDDB menekankan kejayaan pelaksanaan eksesais serta kepentingannya dalam memperkukuh kerjasama operasi dan hubungan profesional antara kedua-dua angkatan darat. Beliau menyatakan bahawa siri latihan yang dilaksanakan telah meningkatkan keselarasan prosedur dan kesiapsiagaan operasi dalam melaksanakan operasi bersama, khususnya dalam bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana. Beliau turut menegaskan bahawa eksesais seumpama ini memperkukuh kepercayaan, interoperabiliti serta hubungan pertahanan yang berterusan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia.

Sementara itu, Panglima Komando Daerah Militer VI/Mulawarman menyifatkan eksesais ini sebagai platform berkesan bagi pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik yang menyumbang kepada peningkatan keupayaan dan keyakinan peserta. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada TDDB atas penganjuran yang cemerlang serta layanan mesra sepanjang eksesais, sebelum mengisytiharkan secara rasmi penutupan Eksesais LATMA KERIS SATRIA Siri 17/2026.

Eksesais LATMA KERIS SATRIA merupakan eksesais dua hala yang dilaksanakan secara bergilir antara TDDB dan TNI-AD. Ianya terus memperkukuhkan kerjasama ketenteraan, meningkatkan kesiapsiagaan tempur serta interoperabiliti taktikal antara kedua-dua angkatan darat, di samping menyokong usaha diplomasi pertahanan.