JERUDONG, Tuesday, 7th April 2026 - First Battalion Royal Brunei Land Forces (1Bn RBLF) participated in the Jerudong Beach Environmental Cleaning Campaign held at the Jerudong Market parking area. Present as the guest of honour was Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, the Acting Brunei-Muara District Officer.
This campaign is an initiative of the Brunei-Muara District Office, involving various government agencies, including the Estate Unit of the Ministry of Home Affairs, the Town and Country Planning Department of the Ministry of Development, and uniformed personnel comprising the 1Bn RBLF, the Royal Brunei Police Force, and the Fire and Rescue Department. Also participating were the Acting Penghulu of Mukim Sengkurong, Village Heads under Mukim Sengkurong, along with the Mukim and Village Consultative Councils of Sengkurong. The program commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the official launch of the campaign by the guest of honour, and subsequent cleaning activities throughout the designated areas.
The campaign is aimed to foster strong collaboration among government agencies, stakeholders, and the local community, while also raising awareness on the importance of environmental cleanliness.





1BN TDDB SERTAI KEMPEN KEBERSIHAN
JERUDONG, Selasa, 7 April 2026 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah menyertai Kempen Kebersihan Kawasan Persekitaran Pantai Jerudong yang diadakan di kawasan letak kereta Pasar Jerudong. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.
Kempen ini merupakan inisiatif Jabatan Daerah Brunei dan Muara yang melibatkan agensi-agensi kerajaan diantaranya Unit Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan, serta pasukan beruniform yang terdiri daripada 1Bn TDDB, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Turut serta ialah Pemangku Penghulu Mukim Sengkurong, Ketua-Ketua Kampung di bawah Mukim Sengkurong serta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Sengkurong. Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan pelancaran rasmi kempen oleh tetamu kehormat, dan seterusnya aktiviti pembersihan disekitar kawasan yang telah ditetapkan.
Kempen ini adalah bertujuan untuk memupuk kerjasama erat antara agensi kerajaan, pihak berkepentingan dan masyarakat setempat, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.