BERAKAS GARRISON, Sunday, 22nd February 2026 – In enlivening the blessed month of Ramadhan 1447 Hijrah, the Royal Brunei Land Forces (RBLF) Wives' Welfare Body (BAKTI) held the opening of Tadarus Al-Quran at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. Present at the event was Pengiran Noor Hafidzah binti Pengiran Haji Ahmad, spouse of the RBLF Commander, who is also the Head of RBLF BAKTI. Also in attendance were members of RBLF BAKTI.
The event commenced with a group photo session, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah led by the Head of RBLF BAKTI, Sayyidul Istighfar and the opening of Tadarus Al-Quran. This Tadarus Al-Quran is one of the religious activities conducted during the holy month of Ramadhan, not only for spiritual development but also to glorify the sanctity of Al-Quran, promote its teachings and practices, and further strengthen the bonds among RBLF BAKTI.



BAKTI TDDB IMARAHKAN RAMADHAN 1447H DENGAN TADARUS AL-QURAN
BERAKAS GARISON, Ahad, 22 Februari 2026 – Dalam menyemarakkan bulan Ramadhan 1447 Hijrah yang penuh keberkatan, Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri (BAKTI) Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan acara pembukaan Tadarus Al-Quran bertempat di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Hadir pada acara tersebut ialah Pengiran Noor Hafidzah binti Pengiran Haji Ahmad, isteri kepada Pemerintah TDDB yang juga selaku Ketua BAKTI TDDB. Turut hadir ialah ahli-ahli BAKTI TDDB yang lain.
Acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ketua BAKTI TDDB, bacaan Sayyidul Istighfar dan seterusnya Tadarus Al-Quran. Tadarus Al-Quran merupakan salah satu aktiviti keagamaan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, yang mana bukan sahaja untuk pembangunan kerohanian tetapi juga untuk memuliakan kesucian Al-Quran, menggalakkan ajaran serta amalannya, dan seterusnya mengeratkan lagi ikatan silaturahim dikalangan BAKTI TDDB.