BERAKAS GARRISON, Monday, 2nd February 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Nisfu Sya'aban 1447 Hijrah event with mass prayers and recitations of Surah Yaasin, which took place simultaneously at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main event at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. In attendance were Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander RBLF, Senior Officers, Officers and RBLF personnel.
The event commenced with Fardhu Maghrib prayer, followed by three recitations of Surah Yaasin led by Lance Corporal Muhd Syazwan Salahuddin bin Abdul Latif from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. The event continued with a special Doa to mark Nisfu Sya'aban 1447 Hijrah and concluded with Fardhu Isya' prayer.
The Nisfu Sya'aban event is aimed to encourage all officers and personnel to heighten their deeds and seek forgiveness and blessings from Allah Subhanahu Wata'ala on the night of Nisfu Sya'aban, a night filled with blessings and significance for all Muslims.












MEMPERINGATI MALAM NISFU SYA'ABAN 1447 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Isnin, 02 Februari 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan sambutan Nisfu Sya'aban bagi tahun 1447 Hijrah dengan sembahyang berjemaah dan bacaan Surah Yaasin, yang diadakan secara serentak di semua surau-surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Turut hadir ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Acara dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib dan diikuti dengan tiga kali bacaan Surah Yaasin yang dipimpin oleh Lans Koperal Muhd Syazwan Salahuddin bin Abdul Latif dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Khas Nisfu Sya'aban 1447 Hijrah dan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya'.
Majlis tersebut adalah bertujuan untuk menggalakkan Pegawai-pegawai dan anggota TDDB untuk mempertingkatkan amal ibadah, serta memohon keampunan dan keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala pada malam Nisfu Sya'aban, iaitu malam yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan.