Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ARF TRAINING ON DEVELOPING EXERCISES TO COUNTER WMD TERRORISM

MANILA, REPUBLIC OF THE PHILIPPINES, Thursday, 22nd January 2026 Captain Delson bin Jumat, Training Officer of School of Engineers, Engineer Regiment, Royal Brunei Land Forces (RBLF), has attended the ASEAN Regional Forum (ARF) Training on Developing Exercises to Counter Weapons of Mass Destruction (WMD) Terrorism, held from 20th to 22nd January 2026 in Manila, Republic of the Philippines.

 The forum was co-hosted by the Republic of the Philippines and the United States of America, which involved participants from the ASEAN member states and ARF partner countries. It is aimed to enhance regional capacity in planning and conducting exercises to counter Chemical, Biological, Radiological, and Nuclear (CBRN) terrorism. Participants were exposed to core exercise planning concepts, including setting objectives, defining scope, identifying stakeholders, and conducting tabletop exercises.

 The participation of Brunei Darussalam in this training forum reflects its ongoing efforts to support and enhance national and regional preparedness, as well as cooperation in addressing CBRN threats.

 LATIHAN ARF DALAM MEMBANGUNKAN EKSESAIS MENENTANG KEGANASAN SENJATA PEMUSNAH

 MANILA, REPUBLIK FILIPINA, 22 Januari 2026 — Kapten Delson bin Jumat, Pegawai Latihan, Sekolah Jurutera, Rejimen Jurutera, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah menghadiri ASEAN Regional Forum (ARF) Training on Developing Exercises to Counter Weapons of Mass Destruction (WMD) Terrorism yang berlangsung dari 20 hingga 22 Januari 2026 di Manila, Republik Filipina.

 Forum tersebut dianjurkan bersama oleh Republik Filipina dan Amerika Syarikat, yang melibatkan peserta dari negara-negara ASEAN dan negara rakan ARF. Ianya bertujuan untuk meningkatkan keupayaan serantau dalam merancang dan menjalankan latihan bagi menangani ancaman keganasan Kimia, Biologi, Radiologi dan Nuklear (KBRN). Para peserta turut didedahkan kepada konsep perancangan latihan, termasuk menetapkan objektif, skop latihan, mengenal pasti pihak berkepentingan, serta pelaksanaan latihan tabletop.

 Penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam forum latihan ini mencerminkan usaha berterusan untuk menyokong dan meningkatkan kesiapsiagaan di peringkat nasional dan juga serantau, serta kerjasama dalam menangani ancaman KBRN.