Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

EXERCISE CARAT 31/2025 HIGHLIGHTS ON CONSTRUCTION ENGINEERING

PENANJONG GARRISON, Tuesday, 28 October 2025 – A Subject Matter Expert Exchange (SMEE) focusing on Construction Engineering as part of this year's Exercise Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) 31/2025 was conducted between the Engineer Regiment, Royal Brunei Land Forces (Engr Regt RBLF) and the United States Naval Mobile Construction Battalion Four (US NMCB4). The two-day programme was held at the School of Military Engineering's Lecture Room, Penanjong Garrison.

The programme began with opening remarks from Captain Sheril Shahizwan bin Tikom, Officer Commanding Third Squadron, Engr Regt RBLF and Lieutenant Pawel Klatka, Department Head of US NMCB4. The session continued with presentations by representatives from both sides, covering topics on Airfield Damage Repair (ADR), Port Damage Repair (PDR), and the construction of temporary landing zones. This was followed by a practical exercise, discussions, and concluded with closing remarks.

The objectives of the SMEE were to encourage discussion and the exchange of knowledge and experience through the sharing of best practices in construction-related tasks, while further strengthening the relationships between the engineers.

EKSESAIS CARAT 31/2025 MEMBERI TUMPUAN KEPADA KEJURUTERAAN PEMBINAAN

PENANJONG GARISON, Selasa, 28 Oktober 2025 – Pertukaran Kepakaran Subjek atau Subject Matter Expert Exchange (SMEE) yang memfokuskan kepada Kejuruteraan Pembinaan adalah merupakan sebahagian daripada program Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) 31/2025 pada tahun ini yang dilaksanakan antara Rejimen Jurutera Tentera Darat Diraja Brunei (RJ TDDB) dan United States Naval Mobile Construction Battalion Four (US NMCB4). Program selama dua hari itu telah berlangsung di Bilik Kuliah, Sekolah Jurutera Tentera, Penanjong Garison.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Kapten Sheril Shahizwan bin Tikom, Pegawai Memerintah Skuadron Ketiga RJ TDDB dan Leftenan Pawel Klatka, Ketua US NMCB4. Sesi diteruskan dengan pembentangan oleh wakil dari RJ TDDB dan US NMCB4 yang merangkumi topik-topik mengenai Airfield Damage Repair (ADR), Port Damage Repair (PDR), dan pembinaan zon pendaratan sementara. Ini diikuti dengan latihan praktikal, sesi perbincangan, dan diakhiri dengan ucapan penutup.

Objektif SMEE ini adalah untuk menggalakkan perbincangan serta pertukaran pengetahuan dan pengalaman melalui perkongsian amalan terbaik dalam tugas berkaitan pembinaan, di samping mengukuhkan lagi hubungan antara jurutera.