BERAKAS GARRISON, Friday, 10th October 2025 – The First Battalion Royal Brunei Land Forces (1Bn RBLF) organised inter-unit Swimming and Water Polo Competition held at the Berakas Garrison swimming pool. In attendance to present the prizes was Major Mahathir bin Haji Nordin, the Commanding Officer of 1Bn RBLF.
A total of four categories were contested during the swimming competition namely the 4 x 50-meter freestyle relay and the 4 x 50-meter breaststroke relay, while two events were held under the fun category which includes the 4 x 50-meter mixed freestyle relay and the individual underwater swim race.
The Support Company has dominated the 4 x 50-meter freestyle relay, securing first place, while the 'C' Company and 'B' Company in second and third place, respectively. In the 4 x 50-meter breaststroke relay, the Support Company once again won the first place, with 'A' Company and 'C' Company secure the second and third place. As for the fun category events, the Commanding Officer's Team triumphed in the 4 x 50-meter mixed freestyle relay, the Physical Training Instructor's Team won the second place, and the Operation and Training Officer's Team came in third. Meanwhile, in the individual underwater swim race, Sergeant Md Sharul Azmi bin Bakar from the 'C' Company took the first place, followed by Corporal Mohammad Saiful Nizam bin A. Hamidun and Sergeant Azim bin Haji Brahim, both from the Support Company, in second and third place respectively. For the water polo competition, the Combined Team 2 emerged victorious after defeating the Combined Team 1 with a final score of 5–4.
These competitions are aimed at enhancing the physical fitness and endurance of personnel while fostering camaraderie and a spirit of healthy competition among personnel.






1BN TDDB MENGADAKAN PERLAWANAN SUKAN RENANG DAN KEJOHANAN POLO AIR
BERAKAS GARISON, Jumaat, 10 Oktober 2025 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Perlawanan Renang dan Polo Air antara unit bertempat di Kolam Renang Berakas Garison. Hadir bagi menyampaikan hadiah ialah Mejar Mahathir bin Haji Nordin, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB.
Sebanyak empat kategori telah dipertandingkan iaitu 4 x 50-meter gaya bebas berganti dan 4 x 50-meter kuak dada berganti, manakala dua acara diadakan di bawah kategori renang santai iaitu 4 x 50-meter gabungan gaya bebas berganti dan perlumbaan menyelam di dalam air secara individu.
Kompeni Bantu telah memenangi tempat pertama bagi acara 4 x 50-meter gaya bebas berganti, diikuti dengan Kompeni 'C' dan Kompeni 'B' masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. Bagi acara renang 4 x 50-meter kuak dada berganti, Kompeni Bantu sekali lagi memenangi tempat pertama, diikuti dengan Kompeni 'A' di tempat kedua, dan Kompeni 'C' di tempat ketiga. Bagi kategori Renang Santai pula, Pasukan dari Pegawai Pemerintah telah muncul juara bagi 4x 50-meter gabungan gaya bebas, Pasukan dari Jurulatih Jasmani ditempat kedua dan Pasukan dari Pegawai Gerakan dan Latihan di tempat ketiga. Sementara itu, Sarjan Md Sharul Azmi bin Bakar dari Kompeni 'C' muncul juara bagi perlumbaan menyelam di dalam air secara individu, diikuti dengan Koperal Mohammad Saiful Nizam bin A.Hamidun dan Sarjan Azim bin Haji Brahim, kedua-duanya dari Kompeni Bantu, masing-masing ditempat kedua dan ketiga. Bagi perlawanan polo air, Pasukan Gabungan 2 telah muncul sebagai juara selepas menewaskan Pasukan Gabungan 1 dengan keputusan 5–4.
Perlawanan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan daya ketahanan anggota, disamping memupuk semangat setiakawan dan persaingan yang sihat dikalangan anggota.