Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

LOGISTICS DEPOT COMMANDING OFFICER HANDOVER TAKEOVER CEREMONY

BOLKIAH GARRISON, Friday, 10th October 2025 – The Logistics Depot Combat Service Support Royal Brunei Land Forces (Log Depot CSS RBLF) held a change of command for its Commanding Officer in a Handover and Takeover Ceremony at the Log Depot CSS RBLF Headquarters, Bolkiah Garrison. The ceremony marked the official handover from the outgoing Commanding Officer (CO), Lieutenant Colonel Pengiran Haji Nazri Amir bin Pengiran Dato Paduka Haji Md Zain, to the newly appointed CO, Major Muhd Shahrimmy bin Karim.

The ceremony began with a group photo session, followed by the recital of Surah Al-Fatihah, and a farewell speech by the outgoing CO. In his speech, he expressed his gratitude for the unwavering support and commitment given to him throughout his tour, and highlighted the importance of teamwork as a key factor in achieving the organisational objectives. Both the outgoing and the newly appointed CO then proceeded with the signing of the Handover Certificate, symbolising the official handover of leadership and responsibilities, followed by remarks from the new CO.

Major Muhd Shahrimmy, in his speech, conveyed his appreciation to the outgoing CO and urged all personnel to uphold strict discipline and a high standard of professionalism by embodying the Royal Brunei Armed Forces Core Values. He also reminded leaders at all levels to prioritise the welfare of their respective personnel and to practice a culture of health and safety in the workplace. He then further expressed his hope for continued collaboration in pursuit of the shared goal "Ready to Provide Continuous Logistic Service Support" towards supporting the "Mission-Ready Land Forces" concept. The ceremony concluded with the presentation of memento and recitation of Doa.






MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH DEPOH LOGISTIK

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 10 Oktober 2025 – Depoh Logistik Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (Dep Log KBK TDDB) telah mengadakan pertukaran Pegawai Pemerintah dalam Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Markas Dep Log KBK TDDB, Bolkiah Garison. Majlis tersebut menandakan penyerahan rasmi Pegawai Pemerintah yang lama, Leftenan Kolonel Pengiran Haji Nazri Amir bin Pengiran Dato Paduka Haji Md Zain, kepada Pegawai Pemerintah yang baru dilantik, Mejar Muhd Shahrimmy bin Karim.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan perpisahan oleh Pegawai Pemerintah yang lama. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa terima kasih di atas sokongan serta komitmen yang telah diberikan kepada beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya, dan menekankan kepentingan kerjasama berpasukan sebagai faktor utama dalam mencapai objektif organisasi. Kedua-dua Pegawai Pemerintah yang lama dan baru dilantik kemudiannya melaksanakan penandatanganan sijil serah terima tugas, yang melambangkan penyerahan rasmi tampuk kepimpinan dan tanggungjawab, dan disusuli dengan ucapan oleh Pegawai Pemerintah yang baru.

Mejar Muhd Shahrimmy dalam ucapannya menyampaikan penghargaan kepada Pegawai Pemerintah yang lama dan menggesa semua anggota agar sentiasa menjaga disiplin dan sikap profesionalisme yang tinggi dengan menerapkan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Beliau turut mengingatkan kepada semua lapisan pemimpin untuk mengutamakan hal ehwal kebajikan anggota masing-masing serta mengamalkan budaya kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Beliau seterusnya menyatakan harapannya untuk bekerjasama dalam usaha mencapai matlamat bersama iaitu "Bersedia Memberi Khidmat Bantuan Logistik yang Berterusan" ke arah mendokong konsep “Mission-Ready Land Forces". Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan dan bacaan Doa.