Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FIELD HEADQUARTERS RBLF SWIMMING AND WATER POLO COMPETITION

PENANJONG GARRISON, Friday, 10th October 2025 – The Field unit of the Royal Brunei Land Forces (RBLF) organised an inter-unit Swimming and Water Polo Competition held at the Penanjong Garrison swimming pool. Participating sub-units in the Water Polo competition were the Engineering Regiment (Engr Regt) and Field Headquarters (Field HQ) Combined Team, which consists of personnel from Field HQ, Armoured Recce Squadron (ARS) and Combat Boat Squadron (CBS). In attendance to present the prizes was Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, the RBLF Field Commander.

The Combined Team claimed the Water Polo Championship title after a hard-fought match against the Engr Regt with a 4-4 draw and secured victory with a 2-0 win in the penalty shootout. Meanwhile, in the swimming event, the CBS won first place in the 4 x 50-meter relay, followed by the Engr Regt in second, and Field HQ RBLF in third. Such competitions are aimed at fostering teamwork and esprit de corps among personnel of all ranks, while also maintaining and improving the physical readiness of all personnel, especially in an aquatic environment.

PERLAWANAN SUKAN RENANG DAN POLO AIR GABUNGAN MARKAS MEDAN TDDB

PENANJONG GARISON, Jumaat, 10 Oktober 2025 – Unit Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Perlawanan Renang dan Polo Air bertempat di Kolam Renang Penanjong Garison. Sub-sub unit yang mengambil bahagian dalam perlawanan polo air adalah Rejimen Jurutera TDDB dan Pasukan Gabungan Markas Medan TDDB yang terdiri daripada anggota dari Markas Medan, Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP) dan Skuadron Bot Tempur (SBT). Hadir bagi menyampaikan hadiah ialah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB.

Pasukan Gabungan telah muncul sebagai juara bagi Perlawanan Polo Air selepas menewaskan Rejimen Jurutera dengan keputusan seri 4-4 dan kemenangan 2-0 melalui sepakan penalti. Sementara itu, dalam acara renang, SBT telah memenangi tempat pertama bagi acara 4 x 50 meter berpasukan, diikuti oleh Rejimen Jurutera di tempat kedua, dan Markas Medan di tempat ketiga. Perlawanan seumpamanya adalah bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan dan kerjasama berpasukan di kalangan anggota semua peringkat, di samping mengekalkan dan meningkatkan kesediaan fizikal anggota, terutamanya dalam persekitaran akuatik.