KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 25th September 2025 – Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF) led the RBLF delegation, at the 14th Indo-Pacific Armies Chiefs Conference (IPACC), the 49th Indo-Pacific Armies Management Seminar (IPAMS), and the 11th Senior Enlisted Leaders Forum (SELF) 2025 held in Kuala Lumpur, Malaysia, from 23th to 25th September 2025. With the theme “Forging Synergy: Transforming Multinational Land Power Networks Through Open Fashion Contact", this year's event brought together 161 participants from 25 countries to share expertise, exchange perspectives, and explore strategies to address common security challenges among regional land forces.
The opening ceremony was officiated by Yang Berhormat Haji Adly bin Zahari, Deputy Minister of Defence, Malaysia, and also attended by Yang Berbahagia General Tan Sri Dato' Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Chief of the Malaysian Army, as host, together with General Ronald Clark, Commanding General of the United States Army Pacific (USARPAC), as co-host. The Chief of the Malaysian Army, in his opening address, emphasised that the Indo-Pacific region faces common challenges, such as cybersecurity threats, climate change, and humanitarian crises, and stressed the importance of collective action through the sharing of knowledge and experiences. Meanwhile, the Commander of USARPAC highlighted that achieving long-term success and enduring progress often requires collaboration and close cooperation with other nations in maintaining regional stability.
Among the key activities include the Army Chiefs roundtable session, bilateral engagements, leadership forums, and expert panel discussions that emphasise collaboration and trust among Indo-Pacific armies. The Commander of RBLF had the opportunity to hold a bilateral meeting with the Chief of the Malaysian Army, during which Brigadier General Aldi received the Honorary Senior Jumper Wing 10 Brigade (Para). Other bilateral meetings were with the USARPAC Commanding General, Major General Cai Dexian, the Chief of the Singapore Army, Lieutenant General Antonio G. Nafarrete, the Commanding General of the Philippine Army, and Lieutenant General Simon Stuart, the Chief of the Australian Army. As part of the main highlights, a Counter-Insurgency Warfare and Jungle Survival demonstration were also held at Taman Eko Rimba Komanwel in Rawang, showcasing the Malaysian Army's jungle warfare expertise.
IPACC is a biennial forum that brings together Army Chiefs from across the Indo-Pacific region to discuss shared security challenges, strengthen professional ties, and chart cooperative pathways for peace and stability. IPAMS complements IPACC by providing a platform for senior officers to engage in dialogue on leadership, cooperation, and operational problem-solving. Together, they form a two-tiered dialogue mechanism that strengthens collaboration from the strategic to the operational level.















TDDB MENGHADIRI IPACC KE-14, IPAMS KE-49 DAN SELF KE-11 BAGI TAHUN 2025
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 25 September 2025 – Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah mengetuai delegasi TDDB pada Indo-Pacific Armies Chiefs Conference (IPACC) ke-14, Indo-Pacific Armies Management Seminar (IPAMS) ke-49, dan Senior Enlisted Leaders Forum (SELF) ke-11 bagi tahun 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, dari 23 hingga 25 September 2025. Dengan tema “Forging Synergy: Transforming Multinational Land Power Networks Through Open Fashion Contact", acara tahun ini telah menghimpunkan seramai 161 peserta dari 25 negara untuk berkongsi kepakaran, perspektif dan meneroka strategi dalam menangani cabaran keselamatan bersama tentera-tentera darat serantau.
Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan, Malaysia, dan turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat Malaysia, selaku tuan rumah, bersama-sama Jeneral Ronald Clark, Commanding General Tentera Darat Pasifik Amerika Syarikat (USARPAC), selaku penganjur bersama. Panglima Tentera Darat Malaysia dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa rantau Indo-Pasifik menghadapi pelbagai cabaran seperti ancaman keselamatan siber, perubahan iklim, dan krisis kemanusiaan, dan menekankan kepentingan untuk mengambil tindakan secara kolektif melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman. Sementara itu, Commanding General USARPAC turut menekankan bahawa untuk mencapai kejayaan jangka panjang dan kemajuan yang berkekalan memerlukan kolaborasi dan kerjasama padu bersama negara lain dalam menjaga kestabilan serantau.
Antara aktiviti utama termasuk sesi perbincangan Ketua-ketua Tentera Darat, perjumpaan dua hala, forum kepimpinan, dan perbincangan panel pakar yang menekankan kerjasama dan kepercayaan di kalangan tentera darat rantau Indo-Pasifik. Pemerintah TDDB juga berkesempatan mengadakan perjumpaan dua hala bersama dengan Panglima Tentera Darat Malaysia, di mana Brigedier Jeneral Aldi telah menerima Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (Para). Perjumpaan dua hala lainnya ialah bersama Commanding General USARPAC, Mejar Jeneral Cai Dexian, Panglima Tentera Darat Singapura, Leftenan Jeneral Antonio G. Nafarrete, Commanding General Tentera Darat Filipina, dan Leftenan Jeneral Simon Stuart, Panglima Tentera Darat Australia. Sebagai sebahagian daripada sorotan utama, demonstrasi Peperangan Counter-Insurgency serta kemandirian dan ikhtiar hidup di hutan turut diadakan di Taman Eko Rimba Komanwel di Rawang, yang mempamerkan kepakaran peperangan hutan Tentera Darat Malaysia.
IPACC merupakan forum dwitahunan yang menghimpunkan Ketua-ketua Tentera Darat dari seluruh rantau Indo-Pasifik bagi membincangkan cabaran keselamatan, memperkukuh hubungan profesional, dan merangka hala tuju kerjasama untuk keamanan dan kestabilan rantau ini. IPAMS pula melengkapi IPACC dengan menyediakan platform kepada pegawai-pegawai kanan untuk berdialog mengenai kepimpinan, kerjasama, dan penyelesaian masalah di peringkat operasi. Kedua-duanya membentuk mekanisme dialog dua peringkat yang mengukuhkan kerjasama daripada peringkat strategik hingga ke peringkat operasi.