TUTONG CAMP, Thursday, 25th September 2025 – The Special Task Platoon from the Support Company, Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) successfully organised the “Gempur Perwira Bintara" Challenge and the 10-metre Individual Novelty Shoot Competition held at the 20 metres Shooting Range, Tutong Camp. Participating in the event and presenting the prizes was Major Mohammad Sufrien bin Johan, the Commanding Officer of 2Bn RBLF.
The “Gempur Perwira Bintara" Challenge featured four demanding obstacles designed to test participants' strength, endurance, and marksmanship. These include carrying an 80-kilogram dummy over 50 metres, dragging a tyre for 50 metres distance, carrying an ammunition can filled with sand for 25 metres, and shooting falling plates with a pistol over 15 metres. The 'C' Company emerged as champion, completing the course with a total time of 2 minutes and 27 seconds. The Support Company secured second place with 2 minutes and 35 seconds, while 'B' Company finished third with 2 minutes and 57 seconds.
Meanwhile, Sergeant Muhammad Azian bin Tanam from 'B' Company secured first place with a score of 40 points in the 10-Metre Individual Novelty Pistol Shooting Competition, demonstrating precision and marksmanship skills. Second place went to Lieutenant Muhammad Aminuddin bin Haji Muhamad from the Support Company with 38 points, while Sergeant Runni bin Haji A. Amit, also from the Support Company, won third place with the same score of 38 points.
Such competitions aim to strengthen camaraderie among the 2Bn RBLF officers and personnel, while offering them opportunities, exposure, and valuable experience in terms of physical endurance and live-fire pistol handling. Additionally, the events also served as part of the battalion's continuous training initiatives to enhance individual proficiency, resilience, and operational readiness.





“GEMPUR PERWIRA BINTARA" CHALLENGE DAN PERLAWANAN MENEMBAK PISTOL NOVELTY
PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 25 September 2025 – Platun Gerak Khas, Kompeni Bantu, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menganjurkan “Gempur Perwira Bintara" Challenge dan Perlawanan Menembak Novelty 10-meter Individu yang berlangsung di Padang Tembak 20 meter, Perkhemahan Tutong. Turut serta dalam perlawanan tersebut dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Mejar Mohammad Sufrien bin Johan, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB.
“Gempur Perwira Bintara" Challenge menampilkan empat 4 halangan mencabar yang direka untuk menguji kekuatan, ketahanan dan Kemahiran menembak para peserta. Ini termasuk mengangkat patung seberat 80 kilogram sejauh 50 meter, menarik tayar sejauh 50 meter, membawa tong peluru berisi pasir di jarak 25 meter dan menembak falling plate menggunakan pistol di jarak 15 meter menggunakan pistol. Kompeni 'C' muncul juara dengan catatan masa keseluruhan 2 minit 27 saat. Kompeni Bantu meraih tempat kedua dengan masa 2 minit 35 saat, manakala Kompeni 'B' menduduki tempat ketiga dengan catatan 2 minit 57 saat.
Sementara itu, Sarjan Muhammad Azian bin Tanam dari Kompeni 'B' mendapat tempat pertama dengan markah 40 mata dalam Perlawanan Menembak Pistol Novelty 10 meter Individu, yang menunjukkan kemahiran dan ketepatan menembak. Tempat kedua disandang oleh Leftenan Muhammad Aminuddin bin Haji Muhamad dari Kompeni Bantuan dengan 38 mata, manakala Sarjan Runni bin Haji A. Amit, juga dari Kompeni Bantuan, memenangi tempat ketiga dengan markah yang sama iaitu 38 mata.
Perlawanan seumpamanya adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan pegawai dan anggota 2Bn TDDB, di samping memberikan mereka peluang, pendedahan dan pengalaman dari segi ketahanan fizikal dan pengendalian pistol. Selain itu, ianya juga merupakan sebahagian daripada inisiatif dan latihan berterusan batalion untuk meningkatkan kemahiran individu, daya tahan dan kesiapsiagaan operasi.