BERAKAS GARRISON, Wednesday, 3 September 2025 – The 15th Brunei-Indonesia Army Working Group (BRUNESIA AWG 15/2025) meeting between the Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the Indonesian Army (Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Darat (TNI-AD) was held from 02nd to 03rd September 2025 at the Officers' Mess, Berakas Garrison.
The RBLF delegation was led by Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, the RBLF Chief of Staff, whereas Colonel Inf Fadli Mulyono, Assistant Chief IV / Non-Programmed Training and Exercises Standardisation Development – Army Training Staff, headed the TNI-AD delegation. The working group brought together senior officers, planners, and subject-matter experts from both armies to discuss the upcoming bilateral activities, which include training, exercises, courses, and personnel exchanges and programs. The Indonesian delegation also visited the RBLF School of Infantry, the Royal Brunei Armed Forces Training Simulation Centre, and had the opportunity for cultural activities.
The BRUNESIA AWG serves as an important platform to strengthen bilateral relations and mutual understanding between the two armies towards supporting defence diplomacy, which is one of the primary defence pillars of the Ministry of Defence. The meeting is held annually and is hosted by both countries on an alternating basis, with the last one taking place from 28th October 2024 until 01st November 2024 in Jakarta, Republic of Indonesia.






MESYUARAT KUMPULAN KERJA DARAT BRUNEI DAN INDONESIA KE-15
BERAKAS GARISON, Rabu, 3 September 2025 – Mesyuarat Kumpulan Kerja Darat Brunei-Indonesia ke-15 (BRUNESIA AWG 15/2025) antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) telah diadakan pada 02 hingga 03 September 2025 bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison.
Delegasi TDDB diketuai oleh Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB, manakala Kolonel Inf. Fadli Mulyono, Perwira Pembantu Utama IV/ Pembinaan Non-Program Latihan Standardisasi– Staf Latihan Tentera Darat mengetuai delegasi TNI-AD. Kumpulan kerja tersebut membawa bersama Pegawai-pegawai Kanan, perancang, dan pakar bidang khusus daripada kedua-dua tentera untuk membincangkan aktiviti dua hala yang akan datang, termasuk latihan, eksesais, kursus, dan pertukaran anggota dan program. Delegasi TNI-AD juga turut membuat lawatan ke Sekolah Infantri TDDB, Pusat Latihan Simulasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan berpeluang mengikuti aktiviti kebudayaan.
BRUNESIA AWG merupakan platform penting untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan persefahaman antara kedua-dua tentera darat ke arah mendokong diplomasi pertahanan iaitu salah satu tonggak utama pertahanan Kementerian Pertahanan. Mesyuarat ini diadakan pada setiap tahun dan dihoskan oleh kedua-dua buah negara secara bergilir yang mana ianya terakhir kali dilaksanakan pada 28 Oktober 2024 hingga 01 November 2024 di Jakarta, Republik Indonesia.