BERAKAS GARRISON, Monday, 01st September 2025 – Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), today received a courtesy call from Air Vice Marshal Manish Kumar Gupta, National Defence College Senior Directing Staff (Air), Republic of India, held at the RBLF Headquarters, Berakas Garrison.
During the call, Commander RBLF welcomed and expressed his appreciation for Air Vice Marshal Gupta's presence at the RBLF Headquarters. Both sides also reaffirmed the friendly defence relations between the two countries and hope to explore more opportunities and interactions in the future. The call is part of the National Defence College, Republic of India, educational programme to provide understanding and added value for Professional Military Education, cultural exposure, knowledge exchange and further enhance the relationships between both militaries.



PEMERINTAH TDDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI NATIONAL DEFENCE COLLEGE, REPUBLIK INDIA
Berakas Garison, Isnin, 01 September 2025 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigadier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Air Vice Marshal Manish Kumar Gupta, Juruarah Kanan (Udara) National Defence College, Republik India, bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TDDB mengalu-alukan dan merakamkan rasa penghargaan ke atas kehadiran Air Vice Marshal Gupta ke Markas TDDB. Kedua-dua pihak juga mengesahkan hubungan pertahanan yang mesra di antara kedua-dua buah negara dan berharap dapat meneroka lebih banyak peluang dan interaksi di masa akan datang. Kunjungan hormat ini adalah sebahagian daripada program pendidikan National Defence College, Republik India dengan tujuan untuk memberikan kefahaman dan nilai tambah dalam Pendidikan Ketenteraan Profesional, pendedahan budaya, pertukaran pengetahuan dan meningkatkan lagi hubungan ketenteraan antara kedua-dua buah negara.