Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

GEMA MARHABAN AT MASJID PULAU BARU-BARU

PULAU BARU-BARU, Wednesday, 3rd September 2025 – As part of the Ministry of Defence's 'Gema Marhaban Dalam' programme in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) 1447 Hijrah, the Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF) held Dikir Maulud held at Masjid Pulau Baru-Baru. In attendance as the Guest of Honour was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, along with Senior Officers from the Ministry of Defence.

The RBLF Commander and delegation were welcomed by Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Commanding Officer 3Bn RBLF. The event began with the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah and the reading of Sirah Nabawiyah. It then proceeded with Dikir As-salammualaika, Selawat Badriyah, Dikir Diba'ie, Dikir Marhaban and the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam, prior concluded with Sunnat Hajat prayer and Selawat Qiyam.

GEMA MARHABAN DI MASJID PULAU BARU-BARU

PULAU BARU-BARU, Rabu, 03 September 2025 – Sebagai sebahagian daripada Program 'Gema Marhaban Dalam' Kementerian Pertahanan bersempena memperingati kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam bagi tahun 1447 Hijrah, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Dikir Maulud bertempat di Masjid Pulau Baru-Baru. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Pertahanan.

Kehadiran Pemerintah TDDB dan rombongan disambut oleh Mejar Khairul Faizin bin Haji Abd Gapar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan bacaan Sirah Nabawiyah. Ini disusuli dengan Dikir As-salammualaika, Selawat Badriyah, Dikir Diba'ie, Dikir Marhaban dan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, sebelum diakhiri dengan Sembahyang Sunnat Hajat dan Selawat Qiyam.