BERAKAS GARRISON, Monday, 1st September 2025 – The Signal Squadron of Combat Service Support, Royal Brunei Land Forces (Sig Sqn CSS RBLF), held its 43rd Anniversary celebration with a parade ceremony led by Captain Muhammad Asyraf bin Md. Rafidi, Sig Sqn CSS RBLF Communication Officer. Lieutenant Colonel Pengiran Haji Nazri Amir bin Pengiran Dato Paduka Haji Md Zain, Commanding Officer of the Logistic Depot CSS RBLF, attended the celebration as the representative of the Commandant of CSS RBLF held at Berakas Garrison.
The ceremony commenced with a parade inspection, followed by a speech from the Logistic Depot Commanding Officer. In his speech, he expressed appreciation for the squadron's commitment and service and highlighted the vital role of RBLF Sig Sqn in maintaining effective communication in various military settings, which contributes to the Royal Brunei Armed Forces' operational readiness.
The anniversary celebration was further enlivened with a Doa Kesyukuran event held separately at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison, in gratitude for the success and achievements throughout the years in carrying out their roles and responsibilities. This event includes mass Sunnat Hajat prayer, the recitation of Surah Yassin and Doa Kesyukuran led by Imam Haji Mohammad Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Fa'izun.


HARI ULANG TAHUN SKUADRON SEMBOYAN KE-43
BERAKAS GARISON, Isnin, 01 September 2025 – Skuadron Semboyan Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (Skn Smbyn KBK TDDB) telah mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-43 dengan acara perbarisan yang diketuai oleh Kapten Muhammad Asyraf bin Md. Rafidi, Pegawai Perhubungan Skn Smbyn KBK TDDB. Leftenan Kolonel Pengiran Haji Nazri Amir bin Pengiran Dato Paduka Haji Md Zain, Pegawai Pemerintah Depoh Logistik KBK TDDB telah menghadiri sambutan tersebut selaku wakil Komandan KBK TDDB yang berlangsung di Berakas Garison.
Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan diikuti dengan ucapan daripada Pegawai Pemerintah Depoh Logistik KBK TDDB. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan atas komitmen dan khidmat skuadron itu dan menekankan peranan penting Skn Smbyn dalam mengekalkan komunikasi yang berkesan dalam pelbagai persekitaran ketenteraan, yang menyumbang kepada kesediaan operasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
menekankan peranan penting serta dedikasi anggota Smbyn TDDB dalam memastikan komunikasi yang berkesan semasa operasi, sekali gus menyumbang kepada tahap kesiagaan operasi dan kejayaan misi. Pegawai Pemerintah Depoh Logistik KBK TDDB turut menyampaikan ucapan dengan menzahirkan penghargaan atas komitmen dan khidmat bakti Skn Smbyn KBK TDDB.
Sambutan juga turut dimeriahkan dengan Majlis Doa Kesyukuran yang diadakan secara berasingan bertempat di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison bagi menandakan rasa syukur atas kejayaan dan pencapaian Skn Smbyn sepanjang tahun dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Dalam majlis ini, sembahyang Sunat Hajat berjemaah, disusuli dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Imam Haji Mohammad Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Fa'izun telahpun disempurnakan