BANGAR CAMP, Monday, 01st September 2025 – The 'E' Company, First Battalion Royal Brunei Land Forces ('E' Coy 1Bn RBLF) held Dikir Maulud as part of the Ministry of Defence's 'Gema Marhaban Dalam' programme in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) 1447 Hijrah. In attendance as the Guest of Honour was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, along with Senior Officers from the Ministry of Defence, held at Surau Al-Quwwah, Bangar Camp, Temburong.
The Acting Commanding Officer of 1Bn RBLF warmly welcomed the RBLF Commander and delegation. The event commenced with congregational Fardhu Maghrib prayer, followed by the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, and proceeded with the recitation of Sirah Nabawiyah, Dikir Assalamualaika, Selawat Badriyah and Dikir Diba'ie. Before concluding the event, the Fardhu Isya' prayer was performed, followed by the recitation of Dikir Marhaban as well as Doa Peliharakan Sultan and Brunei Darussalam.


BATALION PERTAMA MENGADAKAN GEMA MARHABAN
PERKHEMAHAN BANGAR, Isnin, 01 September 2025 – Kompeni E, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp 'E' 1Bn TDDB) telah mengadakan Dikir Maulud sebagai sebahagian daripada Program 'Gema Marhaban Dalam' Kementerian Pertahanan sempena memperingati kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam bagi tahun 1447 Hijrah. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan, bertempat di Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar, Temburong.
Ketibaan Pemerintah TDDB dan rombongan telah dialu-alukan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Acara dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, dan disusuli dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, dan seterusnya bacaan Sirah Nabawiyah, Dikir Assalamualaika, Selawat Badriyah dan Dikir Diba'ie. Sebelum acara berakhir, sembahyang Fardhu Isya' berjemaah telah disempurnakan, diikuti dengan bacaan Dikir Marhaban serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.