BERAKAS GARRISON, Friday, 29th August 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) Leadership Course 2/2025 has come to an end with a closing event held at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. The course, which ran from 1st August to 29th August 2025, involved the participation of 120 personnel from various RBLF sub-units. Present to officiate the closing was Major Abdul Hafiz bin Abd Razak, Commanding Officer of RBLF Land Engineering Combat Service Support (LE CSS).
The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of certificates to all course participants, with the Best Overall Award presented to Lance Corporal Muhd Azwan bin Haji Mohd Raduan from LE CSS, Lance Corporal Muhammad Zikri bin Zakaria from Dental Services received Best Theory Award. While, Lance Corporal Siti Nornazirah binti Haji Mohd Jamalluddin from CSS RBLF received Best Practical Award and Lance Corporal Stephenie binti Batong from Dental Services received Best Presentation Award. The course is aimed to produce competent, confident, and highly professional JNCOs, equipping them with the knowledge and skills necessary to take on higher roles and responsibilities within the RBAF.



MENINGKATKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH (PTB) RENDAH
BERAKAS GARISON, Jumaat, 29 Ogos 2025 – Kursus Kepimpinan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) Siri 2/2025 telah berakhir dengan acara penutup yang diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Kursus yang bermula dari 1 Ogos hingga 29 Ogos 2025 itu melibatkan penyertaan seramai 120 anggota daripada pelbagai sub-unit TDDB. Hadir bagi menyempurnakan acara penutup ialah Mejar Abdul Hafiz bin Abd Razak, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat Khidmat Bantuan Kombat (KBK TDDB).
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan penyampaian sijil kepada para peserta kursus dengan Anugerah Terbaik Keseluruhan disampaikan kepada Lans Koperal Muhd Azwan bin Haji Mohd Raduan dari Kejuruteraan Darat KBK. Sementara itu, Lans Koperal Muhammad Zikri bin Zakaria dari Khidmat Pergigian menerima Penuntut Terbaik Teori, Lans Koperal Siti Nornazirah binti Haji Mohd Jamalluddin dari KBK TDDB mendapat Penuntut Terbaik Amali dan Lans Koperal Stephenie binti Batong dari Khidmat Pergigian menerima Penuntut Terbaik Pembentangan. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan PTB-PTB Rendah yang cekap, berkeyakinan dan mempunyai tahap profesional yang tinggi, serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memikul peranan dan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam ABDB.