BELAIT DISTRICT, Saturday, 30th August 2025 – The Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF) joined together with the citizens and residents of Belait District to greet His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for a Get-Together in conjunction with His Majesty's 79th Birthday celebrations held at the Municipal Field, Jalan Sultan, Kuala Belait.
The celebration commenced with the National Anthem 'Allah Peliharakan Sultan', followed by special performances. His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Royal Family members then consented to tour the tents for a meet and greet session with the organising committees and performers, citizens and residents, government departments including officers and personnel from the 3Bn RBLF and the First Battalion Royal Gurkha Rifles, as well as non-governmental organisations of the Belait District. His Majesty was greeted by Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, the Commanding Officer of 3Bn RBLF. This Get-Together is held annually in all districts of Brunei Darussalam as a symbol of His Majesty's kindness, love and care for his people.




3BN TDDB SERTAI MAJLIS RAMAH MESRA BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-79 TAHUN
DAERAH BELAIT, Sabtu, 30 Ogos 2025 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) ikut serta bersama rakyat dan penduduk Daerah Belait bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis Ramah Mesra sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-79 bertempat di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait.
Sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan diikuti dengan persembahan khas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli-ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung berangkat melawat ke khemah-khemah bagi menerima junjung ziarah dari Ahli-ahli Jawatankuasa, para peserta, rakyat dan penduduk, Jabatan-jabatan kerajaan termasuk Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari 3Bn TDDB dan Batalion Pertama Royal Gurkha Rifles, serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Daerah Belait. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Mejar Khairul Faizin bin Haji Abd Gapar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Majlis Ramah Mesra ini diadakan setiap tahun di semua daerah di Negara Brunei Darussalam sebagai lambang kasih sayang dan pemedulian Baginda kepada semua lapisan rakyat.