BERAKAS GARRISON, Friday, 1st August 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) today marked a significant milestone as Colonel Aldi bin Haji Hassan officially assumed appointment as the new Commander of the RBLF in a Parade Ceremony held at the First Battalion (1Bn RBLF) Parade Square, Berakas Garrison. In attendance during the ceremony were the Deputy Commander, Field Commander, Chief of Staff, Senior Officers, Officers and Land Forces Sergeant Major and RBLF personnel.
Upon arrival, the newly appointed RBLF Commander received the honourary salute and proceeded with the parade inspection comprising of 517 personnel from all RBLF units commanded by Major Haji Abdul Rahim bin Haji Adris, Engineer Regiment Second in Command. The ceremony continued with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Captain Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate, and followed by speech from the Commander of RBLF.
In his inaugural address, he firstly reiterated the pledge of unwavering loyalty and highest appreciation to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. He then conveyed his aspirations in leading the RBLF, which will be guided by the three main defence pillars as outlined in the Defence White Paper 2021 namely Defence Diplomacy, Deterrence and Response, and Holistic Defence. He believed that these pillars directly support the Maqasid Sharia principles and by aligning with these pillars, all RBLF units will be able to identify their respective implied tasks, leading to increased focus, adaptability and enhanced capabilities, ensuring robust operational execution and transforming them into Mission-Ready Land Forces.
He added that the "Mission Ready Land Forces" concept itself is comprehensive, encompassing mental fortitude, strong leadership, high operational readiness, resilient logistical systems, robust infrastructure, and unwavering team cohesion, in order to ensure the RBLF can execute any assigned task both domestically and internationally. He also highlighted that organisational success is not solely defined by operational prowess, but also the well-being of its personnel, emphasising welfare, physical and mental health, workplace safety, and work-life balance among the top priorities in the RBLF's policy planning and implementation. In addition, spiritual and self-identity programs will continue to be strengthened to cultivate RBLF personnel who are not only efficient and disciplined but also morally upright and faithful, in line with Brunei's Malay Islamic Monarchy philosophy. He then further urged all RBLF personnel to move forward towards supporting Brunei Vision 2035 and bolster the national defence.
To bless the ceremony, it then continued with the recitation of Doa Selamat followed by Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, and concluded with a group photo session prior proceeded to the Officers' Mess, Berakas Garrison for refreshments and the signing of parchment. Colonel Aldi bin Haji Hassan is appointed as the 15th Commander of RBLF effective on 01 August 2025, and previously held the appointment of Acting Joint Force Commander, RBAF.



TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENERIMA PEMERINTAH BAHARU
BERAKAS GARISON, Jumaat, 01 Ogos 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) hari ini mencatat detik bersejarah dengan pelantikan Kolonel Aldi bin Haji Hassan sebagai Pemerintah TDDB yang baharu dalam satu Upacara Perbarisan yang diadakan di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB), Berakas Garison. Upacara tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pemerintah, Pemerintah Medan, Ketua Staf, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat, serta anggota-anggota TDDB.
Sejurus tiba, Pemerintah TDDB yang baharu menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan yang melibatkan seramai 517 anggota dari semua unit TDDB yang diketuai oleh Mejar Haji Abdul Rahim bin Haji Adris, Timbalan Pegawai Pemerintah Rejimen Jurutera. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Kapten Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan diikuti dengan perutusan yang disampaikan oleh Pemerintah TDDB.
Dalam perutusan beliau, Pemerintah TDDB pertama sekali mengulangi lafaz ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi dan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke Hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Beliau seterusnya menyampaikan hasrat beliau dalam menerajui TDDB yang berpandukan kepada tiga tonggak utama pertahanan negara seperti yang dihuraikan di dalam kertas putih pertahanan 2021 iaitu Diplomasi Pertahanan, Keupayaan Cegah Rintang dan Response dan Pertahanan Holistik. Beliau percaya tonggak utama ini secara langsung mendukung prinsip Maqasid Syariah dalam pertahanan dan dengan berpandukannya, semua unit di bawah naungan TDDB akan dapat mengenalpasti implied task masing-masing yang membawa kepada peningkatan fokus, kebolehsuaian dan keupayaan dalam memastikan pelaksanaan operasi yang mantap dan Mission-Ready Land Forces.
Beliau menambah bahawa konsep "Mission-Ready Land Forces" itu sendiri adalah menyeluruh yang merangkumi aspek keupayaan mental, kepimpinan yang mapan, kesediaan operasi yang tinggi, sistem logistik yang berdaya tahan, infrastruktur yang teguh, dan kesepaduan pasukan yang tidak berbelah bahagi, bagi memastikan TDDB dapat melaksanakan apa jua penugasan yang diberikan sama ada di peringkat domestik dan antarabangsa. Beliau turut menekankan bahawa kejayaan organisasi bukan hanya diukur dari keupayaan operasi, tetapi juga kesejahteraan anggotanya, yang menjadikan aspek kebajikan, kesihatan fizikal dan mental, keselamatan tempat kerja, serta keseimbangan kerja dan kehidupan antara keutamaan dalam perancangan dan pelaksanaan dasar TDDB. Di samping itu, program-program kerohanian dan pengukuhan jati diri juga akan terus diperkasakan bagi membentuk warga TDDB yang bukan sahaja cekap dan berdisiplin tetapi juga berakhlak mulia dan beriman selaras dengan falsafah negara Melayu Islam Beraja. Beliau seterusnya menggesa semua warga TDDB untuk maju ke hadapan ke arah mendokong Wawasan Brunei 2035 dan memperkukuh pertahanan negara.
Bagi memberkati majlis, upacara diteruskan dengan bacaan Doa Selamat, diikuti dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Upacara kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar ramai sebelum beredar ke Mes Pegawai Berakas Garison bagi menikmati jamuan dan menandatangani lembaran kenangan. Kolonel Aldi bin Haji Hassan dilantik sebagai Pemerintah TDDB ke-15 berkuatkuasa pada 01 Ogos 2025, dan sebelumnya beliau telah memegang jawatan sebagai Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB.