BANDAR SERI BEGAWAN, Tueday, 15th July 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) participated in the Grand Parade in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 79th birthday celebration, held at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
His Majesty was joined by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, His Royal Highness Prince 'Abdul Malik, His Royal Highness Prince Haji Sufri Bolkiah, and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah.
His Majesty's arrival at the Royal Dais was greeted with the Royal Salute followed by the National Anthem "Allah Peliharakan Sultan" and a customary 21-gun salute in honour of His Majesty's birthday. His Majesty then consented to inspect the Guard of Honour, comprising a total of 1141 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF) and members of uniformed government departments and associations.
The Grand Parade was commanded by Lieutenant Colonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer of the School of Infantry RBLF, and showcased both RBAF and RBPF personnel performing slow and quick march passes. A total of 185 personnel from the RBLF partook in the grand parade including the Royals and Regimental Colours' bearers by Lieutenant Muhammad Syazani bin Haji Md Shaini and Lieutenant Awangku Md Qamarussalihin bin Pengiran Md Saifuddin, both from the Third Battalion (3Bn RBLF), and Warrant Officer 1 Haji Hashim bin Haji Awang Besar, 3Bn RBLF Regiment Sergeant Major. The first and second RBLF contingent were led by Major Abdul Aziz bin Abd Latif and Captain Abdul Amin bin Haji Suhaili, both from the Royal Guards Regiment RBLF respectively, while the female contingent was headed by Major Nor Azieyah binti Haji Abd Aziz from the RBLF Headquarters.
At its closing, the salutations of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik" was then cheered out three times from the parade contingents followed by the Royal Salute, National Anthem and a fly-past from the Royal Brunei Air Force.




TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI ISTIADAT BARISAN KEHORMATAN BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-79
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Julai 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei telah menyertai Istiadat Barisan Kehormatan sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 tahun yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
Berangkat sama bagi menyaksikan perbarisan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan tembakan meriam sebanyak 21 das sebagai penghormatan bagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung memeriksa kontinjen perbarisan yang terdiri daripada 1141 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Jabatan-jabatan dan persatuan-persatuan berseragam.
Istiadat Barisan Kehormatan mempamerkan barisan lalu dalam masa perlahan dan cepat oleh anggota-anggota ABDB dan PPDB di bawah pimpinan Ketua Perbarisan iaitu Leftenan Kolonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri, TDDB. Seramai 185 anggota TDDB telah mengambil bahagian dalam Istiadat Barisan Kehormatan tersebut termasuk rombongan Panji-Panji Diraja dan Panji-Panji Pasukan dibawa oleh Leftenan Muhammad Syazani bin Haji Md Shaini dan Leftenan Awangku Md Qamarussalihin bin Pengiran Md Saifuddin dari Batalion Ketiga (3Bn TDDB), serta Pegawai Waran 1 Haji Hashim bin Haji Awang Besar, Sarjan Mejar 3Bn TDDB. Kontinjen pertama dan kedua masing-masing diketuai oleh Mejar Abdul Aziz bin Abd Latif dan Kapten Abdul Amin bin Haji Suhaili daripada Rejimen Pengawal Diraja (RPD) TDDB, manakala kontinjen Askar Wanita dipimpin oleh Mejar Nor Azieyah binti Haji Abd Aziz daripada Markas TDDB.
Istiadat Barisan Kehormatan kemudian diakhiri dengan laungan tiga kali 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' daripada kontinjen perbarisan dan diikuti dengan Tabik Hormat Diraja, Lagu Kebangsaan serta terbang lalu dari Tentera Udara Diraja Brunei.