BERAKAS GARRISON, Tuesday, 8th July 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) received a study visit from officers attending the Command and Staff Course (CSC) 15/2025, as part of their ongoing module to enhance their operational understanding. In attendance during the visit was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, the Acting Commander of RBLF.
The delegation, comprising both local and international officers, was welcomed by senior RBLF leadership at the Officers' Mess Berakas Garrison. The visit commenced with welcoming remarks from Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, RBLF Chief of Staff, followed by a briefing on RBLF, outlining its organisational structure, key roles, and its integral contribution in achieving Brunei Vision 2035. The CSC participants also had the opportunity to have interactive sessions with the RBLF Senior Officers and discussions delved into the challenges of RBLF, operational readiness, training and modernisation initiatives.
The Command and Staff Course remains committed to providing its participants with relevant professional military education and this visit is a testament to that commitment, equipping the officers with an enhanced understanding of operational dynamics that will prove invaluable in their future command and staff appointments.








LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA KURSUS MAKTAB TURUS KE-15
BERAKAS GARISON, Selasa, 8 Julai 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima lawatan sambil belajar daripada pegawai-pegawai yang menghadiri Kursus Maktab Turus sesi 15/2025, sebagai sebahagian daripada modul dalam meningkatkan kefahaman mereka diperingkat operasional. Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB.
Delegasi yang terdiri daripada pegawai-pegawai tempatan dan antarabangsa telah disambut oleh Pegawai-pegawai Kanan TDDB bertempat di Mes Pegawai Berakas Garison. Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB, diikuti dengan taklimat mengenai TDDB yang menggariskan struktur organisasi, peranan, dan sumbangan TDDB ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035. Para peserta kursus juga berpeluang mengadakan sesi interaktif bersama Pegawai-pegawai Kanan TDDB dan perbincangan merangkumi cabaran, kesediaan operasi, latihan dan inisiatif pemodenan TDDB.
Kursus Maktab Turus kekal komited dalam menyediakan pesertanya dengan pendidikan ketenteraan profesional yang relevan dan lawatan tersebut setentunya melengkapkan pegawai-pegawai dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai dinamik operasi yang mana amat berguna dalam pelantikan mereka di peringkat pemerintahan dan staf pada masa hadapan.