Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

MEDICAL SERVICES PARTICIPATE IN THE 12TH ASEAN CHIEFS OF MILITARY MEDICINE CONFERENCE (ACMMC)

JAKARTA, REPUBLIC OF INDONESIA, Thursday, 3rd July 2025 – A delegation from the Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF) participated in the 12th ASEAN Chiefs of Military Medicine Conference (ACMMC) held from 30th June to 2nd July 2025 at Mangkuluhur Artotel Suites Jakarta, Republic of Indonesia. Hosted by the Indonesian National Armed Forces (Tentara Nasional Indonesia, TNI), the three-day event brought together military medical leaders and professionals from ASEAN nations and Timor-Leste under the theme "Enhancing ASEAN Military Medicine Cooperation From Global Crises to the Era of Artificial Intelligence Technology."


The RBLF delegation was led by Lieutenant Colonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Chief Medical Services RBLF accompanied by Major (Dr) Siti Nur'raheemah binti PDM DSLJ Haji Musa, Medical Officer of Bolkiah Garrison and Captain (Dr) Muhd Hazman bin Muhd Iskandar, Penanjong Garrison Medical Officer, as representative for Young ASEAN Military Medical Officer (YAMMO).


 The conference commenced with an opening ceremony officiated by Major General TNI Dr Sugiarto, the Surgeon General of Indonesian National Armed Forces, who welcomed participating nations and highlighted the importance of regional resilience through collaborative medical strategies and emerging technologies.

Subsequent sessions include the Head of Delegation Meeting, during which senior representatives discussed future collaborative initiatives and challenges relevant to the theme. Concurrently, the YAMMO competition was also held to present innovative ideas and professional excellence from young military medical officers of each ASEAN member state where Captain (Dr) Muhd Hazman won the Performance Award for Best Research.

Delegates were also given the opportunity to visit various military medical institutions including Dr. Saryanto Aviation and Aerospace Medical Centre of the Aviation and Space Health Institute,  Raden Eddy Martadinata Dental and Oral Hospital of the Indonesian Navy Dental Institute, Dr. Mintohardjo Naval Hospital, Gatot Subroeto Army Central Hospital as well as the Naval Vessel of Republic of Indonesia Dr. Radjiman Hospital Ship.

 

Brunei Darussalam's active participation in this year's ACMMC continues to reflect its ongoing commitment to enhancing regional defence health security, embracing future technologies and contributing to a stronger, more connected ASEAN health defence network.

 

KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN MENYERTAI ASEAN CHIEFS OF MILITARY MEDICINE CONFERENCE (ACMMC) KE-12

JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Khamis, 3 Julai 2025 – Delegasi dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei telah menghadiri ASEAN Chiefs of Military Medicine Conference (ACMMC) ke-12 yang telah berlangsung dari 30 Jun hingga 2 Julai 2025 bertempat di Mangkuluhur Artotel Suites, Jakarta, Republik Indonesia. Persidangan selama tiga hari ini telah dipengerusikan oleh Tentara Nasional Indonesia (TNI) yang menyatukan Ketua-Ketua Perubatan Tentera serta pegawai dan ahli profesional perubatan dari negara-negara ASEAN dan Timor-Leste, yang bertemakan "Enhancing ASEAN Military Medicine Cooperation:From Global Crises to the Era of Artificial Intelligence Technology."

 

Delegasi diketuai oleh Leftenan Kolonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Ketua Pegawai Perubatan TDDB disertai oleh Mejar (Dr) Nur'raheemah binti PDM DSLJ Haji Musa, Pegawai Perubatan Bolkiah Garison serta Kapten (Dr) Muhd Hazman bin Muhd Iskandar, Pegawai Perubatan Penanjong Garison selaku wakil Young ASEAN Military Medical Officer (YAMMO).

 

Persidangan dimulakan dengan majlis pembukaan yang telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral TNI Dr Sugiarto, Kepala Pusat Kesihatan TNI, yang mengalu-alukan penglibatan negara-negara ASEAN dan menekankan mengenai kepentingan ketahanan serantau melalui strategi perubatan bersama dan penerapan teknologi terkini.

 

Antara program persidangan ini ialah Mesyuarat di antara Ketua-ketua Delegasi yang mana membincangkan inisiatif kerjasama masa hadapan serta cabaran-cabaran yang relevan selaras dengan tema persidangan. Pertandingan YAMMO juga turut diadakan secara serentak di mana pegawai muda perubatan tentera dari negara ASEAN telah membentangkan idea-idea inovatif dan profesional di mana Kapten (Dr) Muhd Hazman telah memenangi Anugerah Prestasi bagi Penyelidikan Terbaik.

 

Delegasi-delegasi juga diberi peluang untuk membuat lawatan ke pusat kesihatan tentera termasuk Pusat Perubatan Penerbangan dan Aeroangkasa Lembaga Kesehatan Penerbangan dan Ruang Angkasa (Lakespra dr. Saryanto), Rumah Sakit Gigi dan Mulut Lembaga Kedokteran Gigi (Ladokgi) Raden Eddy Martadinata, Rumah Sakit Angkatan Laut Dr. Mintohardjo, Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto dan juga Hospital Kapal Kapal Republik Indonesia Dr. Radjiman.

 

Penyertaan aktif Negara Brunei Darussalam dalam ACMMC tahun ini mencerminkan komitmen negara yang berterusan dalam memperkukuhkan keselamatan kesihatan pertahanan serantau, menyambut kemajuan teknologi masa hadapan dan menyumbang ke arah jaringan kesihatan pertahanan ASEAN yang lebih kukuh dan bersepadu.