Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

COMPLETION OF DRILL INSTRUCTOR COURSE AND BASIC SILENT PRECISION DRILL SQUAD COURSE

PENANJONG GARRISON, Thursday, 3rd July 2025 – The School of Infantry Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF) has concluded its Drill Instructor Course and Basic Silent Precision Drill Squad Course in a closing event held at SOI RBLF, Penanjong Garrison. The course was conducted from 17th April 2025 until 3rd July 2025, organised by the Drill Instructor Wing, SOI RBLF. A total of 21 personnel had attended the course comprising of RBLF, Royal Brunei Navy (RBN) and Royal Brunei Airforce (RBAirF).

In attendance to officiate the closing was Major Mohammad Saufi@Nikmat bin Ahmad, SOI RBLF Acting Commanding Officer alongside invited officers and the course instructors. The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Lance Corporal Mohamad Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi from the Religious Directorate Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT RBAF) followed by a course review from Sergeant Muhammad Azmi bin Bujeh as the Course Conductor. The event proceeded with certificates and awards presentation with Lance Corporal Yazid bin Mohammad Taha from the First Battalion RBLF receiving the Best Overall Student.

The course is aimed to develop the participants' abilities particularly in instilling discipline, precision as well as standard in drill movements, and prepare selected individuals to become effective and competent drill instructors. Through intensive training in drill movement, instructional techniques and leadership principles, these newly minted drill instructors are now equipped to play a crucial role in shaping the next generation of RBAF personnel.


 Penuntut Terbaik Keseluruhan

TAMAT KURSUS JURULATIH KAWAD DAN KURSUS ASAS KAWAD SENYAP DAN TEPAT

 PENANJONG GARISON, KHAMIS, 3 Julai 2025 – Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah menamatkan Kursus Jurulatih Kawad dan Kursus Asas Kawad Senyap dan Tepat dalam acara penutup yang berlangsung di SI TDDB, Penanjong Garison. Kursus tersebut telah diadakan dari 17 April 2025 hingga 3 Julai 2025, yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kawad, SI TDDB. Seramai 21 anggota telah menghadiri kursus berkenaan yang terdiri daripada TDDB, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Hadir bagi merasmikan acara penutup ialah Mejar Nor Mohammad Saufi  Bin Ahmad, Pemangku Timbalan Pegawai Pemerintah SI TDDB bersama pegawai-pegawai jemputan dan jurulatih-jurulatih kursus. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Lans Koperal Mohamad Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT ABDB), diikuti dengan ulasan kursus daripada Sarjan Muhammad Azmi bin Bujeh selaku Pengendali Kursus. Acara penutup diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah yang mana Lans Koperal Yazid bin Mohammad Taha daripada Batalion Pertama TDDB telah menerima anugerah sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan.

Kursus ini adalah bertujuan untuk membina kebolehan para peserta khususnya dalam menerapkan disiplin, ketepatan serta standard dalam pergerakan kawad, dan mempersiapkan individu untuk menjadi jurulatih yang kompeten dan efektif. Melalui latihan yang intensif dalam pergerakan kawad, teknik mengajar dan prinsip kepimpinan, jurulatih-jurulatih yang baru ini kini telahpun lengkap untuk memainkan peranan penting dalam membentuk generasi anggota ABDB yang akan datang.