Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ELEVATING OPERATIONAL READINESS THROUGH INTERMEDIATE OFFICER TACTICS COURSE

BERAKAS GARRISON, Friday, 13th June 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) proudly marked the successful conclusion of its Intermediate Officer Tactics Course (IOTC) with a closing event held at the Officers' Mess Berakas Garrison. In attendance to officiate the closing was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander of RBLF. A total of thirty-six officers consisting of sixteen from the RBLF, one from the Royal Brunei Navy (RBN), three from the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), one from the Joint Force Headquarters (JFHQ) RBAF and fifteen from the Ministry of Defence, had successfully completed the course which started from 14 April to 6 June 2025.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah At-Taubah verses 41 to 45 led by Captain Pengiran Muhammad Faaiz bin Pengiran Haji Ali, course participants' representative, followed by a course review from Major Nor Mohammad Saufi@Nikmat bin Ahmad, Officer Commanding, Officers' Development Wing, School of Infantry. The Acting Commander of RBLF then presented the certificates to all participants, and proceeded with the closing remarks. In his remarks, he underscored the paramount importance of the course in shaping the future leadership, emphasising that the advanced tactical knowledge, practical skills and decision-making capabilities honed during the course are significant to ensure the continued operational readiness and effectiveness of the RBAF particularly in today's dynamic environment.

Throughout the course, participants underwent comprehensive training in various aspects of tactical planning, execution, and command, designed to enhance their proficiency in diverse operational environment. This course represents a significant milestone in the professional development of officers, preparing them to face future challenges with confidence and ability.

MENINGKATKAN KESEDIAAN OPERASI MELALUI INTERMEDIATE OFFICER TACTICS COURSE

BERAKAS GARISON, Jumaat, 13 Jun 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) mengadakan acara penutup bagi Intermediate Officer Tactics Course (IOTC) yang berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison. Hadir bagi merasmikan acara penutup tersebut ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB. Seramai tiga puluh enam pegawai yang terdiri daripada enam belas Pegawai TDDB, seorang dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), tiga dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), seorang dari Markas Angkatan Bersama (MAB) ABDB dan lima belas dari Kementerian Pertahanan telah berjaya menamatkan kursus yang bermula dari 14 April hingga 6 Jun 2025.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah At-Taubah ayat 41 hingga 45 oleh Kapten Pengiran Muhammad Faaiz bin Pengiran Haji Ali, wakil peserta kursus, diikuti dengan ulasan kursus daripada Mejar Nor Mohammad Saufi@Nikmat bin Ahmad, Pegawai Memerintah Cawangan Perkembangan Pegawai, Sekolah Infantri. Pemangku Pemerintah TDDB kemudiannya menyampaikan sijil kepada semua peserta, dan disusuli dengan ucapan penutup. Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya kursus tersebut dalam membentuk pemimpin, dan seterusnya menyampaikan bahawa pengetahuan taktikal lanjutan, kemahiran praktikal dan keupayaan membuat keputusan yang diasah semasa kursus adalah signifikan untuk memastikan kesediaan operasi dan keberkesanan ABDB yang berterusan khususnya dalam persekitaran yang dinamik pada masa ini.

Sepanjang kursus, para peserta telah menjalani latihan komprehensif dalam pelbagai aspek perancangan taktikal, pelaksanaan dan perintah, yang direka untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam pelbagai persekitaran operasi. Kursus ini merupakan pencapaian signifikan dalam pembangunan profesional pegawai-pegawai, melengkapkan mereka dengan keupayaan dan keyakinan untuk menghadapi cabaran masa depan.​