PENANJONG GARRISON, Monday, 14 April 2025 – The Search Adviser Course 2025 concluded with a closing ceremony held at the Engineer Regiment Headquarters, Royal Brunei Land Forces (Engr Regt RBLF), Penanjong Garrison. The four-week course, conducted from 19th March to 14th April 2025, saw the participation of five officers and seven personnel from various security agencies, including the Engineer Regiment RBLF, the Special Operations Squad of the Royal Brunei Police Force (SOS RBPF) and the Gurkha Security Unit (GSU). The ceremony was officiated by Lieutenant Colonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Commanding Officer of ER RBLF and were joined by the representatives from SOS RBPF, GSU and officers and personnel from ER RBLF.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah by Private Reqmal Hafiziee bin Raba from Second Squadron (2Sqn CBRE RBLF), followed by a course review delivered by Captain Delson bin Jumat, Training Officer of SOME ER RBLF, highlighting the participants' commitment and professionalism. The event then proceeded with the presentation of certificates and awards, with the Overall Best Student award presented to Lieutenant Dayangku Nurul Hidayatul Aqilah binti Pengiran Ibrahim from 2Sqn CBRE RBLF. The ceremony concluded with a closing address by Lieutenant Colonel Mohammad Ghazali, followed by a Closing Doa and a group photo session.
The Search Adviser Course is a functional qualification course designed for personnel of Second Squadron (CBRE) ER RBLF, SOS RBPF, and GSU who are involved in force protection and search operations. Its primary objective is to qualify participants as Search Advisers, enabling them to conduct threat assessments and provide tactical guidance during Search Operations. The knowledge and skills gained during this course are crucial in strengthening operational readiness, ensuring mission success, and enhancing inter-agency coordination in the conduct of complex search and security operations.


ACARA PENUTUP KURSUS PENASIHAT GELEDAH SESI 2025
PENANJONG GARISON, Isnin, 14 April 2025 – Kursus Penasihat Geledah Sesi 2025 telah diakhiri dengan Acara Penutup yang berlangsung di Markas Rejimen Jurutera, Tentera Darat Diraja Brunei (RJ TDDB), Penanjong Garison. Kursus selama empat minggu yang berlangsung dari 19 Mac hingga 14 April 2025 ini telah disertai oleh lima orang pegawai dan tujuh anggota daripada pelbagai agensi keselamatan, termasuk pegawai dan anggota daripada RJ TDDB, Pasukan Gerakan Khas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PGK, PPDB) dan Pasukan Sekuriti Gurkha (PSG). Acara telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Pegawai Pemerintah RJ TDDB, dan turut dihadiri oleh wakil-wakil dari PGK PPDB, PSG, serta para pegawai dan anggota dari RJ TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Soldadu Reqmal Hafiziee bin Raba, Skuadron Kedua (2Skn KBRL RJ TDDB), diikuti dengan ulasan kursus yang disampaikan oleh Kapten Delson bin Jumat, Pegawai Latihan SJT RJ TDDB yang menekankan komitmen dan profesionalisme para peserta sepanjang kursus berlangsung. Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah, di mana Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh Leftenan Dayangku Nurul Hidayatul Aqilah binti Pengiran Ibrahim daripada 2Skn KBRL RJ TDDB. Acara diakhiri dengan ucapan penutup oleh Leftenan Kolonel Mohammad Ghazali, diikuti dengan Doa Penutup serta sesi bergambar ramai.
Kursus Penasihat Geledah adalah salah satu kursus peningkatan kemahiran yang direka untuk pegawai dan anggota Skuadron Kedua (KBRL) RJ TDDB, PGK PPDB dan PSG yang terlibat dalam operasi perlindungan keselamatan dan operasi geledah. Objektif utamanya kursus ini juga adalah untuk melayakkan peserta sebagai Penasihat Geledah dan membolehkan peserta kursus untuk melaksanakan penilaian ancaman dan memberikan panduan taktikal semasa operasi geledah. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi semasa kursus ini adalah penting dalam mengukuhkan kesediaan operasi, memastikan kejayaan misi, dan meningkatkan penyelarasan di antara agensi dalam menjalankan operasi geledah dan keselamatan yang kompleks.