Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RANGE MANAGEMENT 02/2024 END OF COURSE


PENANJONG GARRISON, Thursday, 27th February 2025 – A total of 39 participants from various units of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) had successfully completed the Range Management Course (RMC) 02/2024, which was held from 2nd January 2025 to 27th February 2025, conducted by the School of Infantry, Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF). In attendance to officiate the closing was Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Chief of Staff RBLF, at Theatre 1 SOI RBLF, Penanjong Garrison.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah Al-Mujadalah, verses 11-13 led by Lieutenant Muhammad Syahmi bin Haji Kamaluddin, course participants’ representative. Captain Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Head of of Small Arms and Heavy Weapons Department, SOI RBLF, then delivered the course review, before proceeded with the presentation of certificates and awards by the RBLF Chief of Staff. The Best Overall Award has been awarded to Sergeant Mohd Azwan bin Haji Matbakar from the Royal Brunei Malay Reserve Regiment, Ministry of Defence.

The aim of the course is to equip personnel with the knowledge and skills necessary to safely and efficiently manage firing ranges including administration, supervision, and safety regulations. 









PENUTUP KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK SIRI 02/2024

PENANJONG GARISON, Khamis, 27 Februari 2025 – Seramai 39 peserta dari pelbagai unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menamatkan Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Siri 02/2024 yang dikendalikan oleh Sekolah Infantri, Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) dari 2 Januari 2025 hingga 27 Februari 2025. Majlis penutup telah berlangsung di Bilik Teater 1, SI TDDB dan disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Mujadalah, ayat 11-13 yang diketuai oleh Leftenan Muhammad Syahmi bin Haji Kamaluddin, wakil peserta kursus. Seterusnya, Kapten Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Ketua Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat, SI TDDB menyampaikan ulasan kursus sebelum diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah oleh Ketua Staf TDDB. Anugerah Terbaik Keseluruhan telah diberikan kepada Sarjan Mohd Azwan bin Haji Matbakar dari Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan.

Kursus ini melatih peserta kursus untuk menjadi Pegawai Tapak Tembak yang mahir dengan memberi fokus kepada pentadbiran, pengawasan, dan protokol keselamatan. Peserta juga memperoleh kemahiran dalam koordinasi logistik dan pengurusan sumber untuk mengawasi aktiviti padang tembak dengan berkesan dan memastikan persekitaran yang selamat semasa latihan menembak peluru hidup.

Kursus ini adalah bertujuan untuk melengkapkan anggota dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam pengurusan padang tembak termasuk pentadbiran, penyeliaan, pengawasan dan peraturan keselamatan.