Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

BRUNEI DARUSSALAM'S 41ST NATIONAL DAY CELEBRATION

BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 23rd February 2025 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family, has consented to grace Brunei Darussalam's 41st National Day Celebration Grand Assembly with citizens and residents of the country held at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

His Majesty's arrival at the Royal Dais was greeted with the Royal Salute followed by the National Anthem "Allah Peliharakan Sultan". His Majesty then consented to inspect the Guard of Honour, comprising a total of 327 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF) and the combined band from both the RBAF and RBPF. The Guard of Honour was commanded by Lieutenant Colonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Commanding Officer of the First Battalion Royal Brunei Land Forces (RBLF) with the involvement of 147 RBLF personnel. Meanwhile, a total of 207 personnel from the RBLF also partook in the march-past under the Uniformed Personnel group.

Brunei Darussalam gained its full independence on 1 January 1984 with the monumental declaration took place at Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, and marked the historic occasion on 23 February each year.  Themed 'Bersatu Mencapai Cita Negara', this year's festivities not only showcased the patriotism of the Sultanate and its people but also underscores the importance of unity and diversity in driving the nation's progress and prosperity in line with the aspirations of Brunei Vision 2035.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-41

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Februari 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta Ahli-ahli Kerabat Diraja, telah berkenan berangkat ke Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-41 bersama rakyat dan penduduk negara ini yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'. Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 327 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan gabungan pancaragam ABDB dan PPDB. Ketua Perbarisan bagi Kawalan Kehormatan dipimpin oleh Leftenan Kolonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Pegawai Pemerintah Batalion Pertama TDDB, dengan penglibatan seramai 147 anggota TDDB. Sementara itu, seramai 207 anggota TDDB turut menyertai perbarisan berjalan lalu di bawah Kumpulan Pasukan-pasukan Anggota Beruniform.

Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada 1 Januari 1984 dan pemasyhuran kemerdekaan berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan menandakan peristiwa bersejarah tersebut pada 23 Februari setiap tahun. Dengan bertemakan 'Bersatu Mencapai Cita Negara', sambutan tahun ini bukan sahaja mempamerkan patriotisme Raja dan rakyatnya tetapi ianya juga menekankan mengenai kepentingan dalam perpaduan dan kepelbagaian dalam memacu kemajuan dan kemakmuran negara selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.