Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

COMMEMORATING NISFU SYA'BAN 1446 HIJRAH

BERAKAS GARRISON, Thursday, 13th February 2025The Royal Brunei Land Forces (RBLF) observed Nisfu Sya'ban 1446 Hijrah with mass prayers and recitations of Surah Yaasin, held simultaneously at all RBLF Suraus including Pulau Baru-Baru Mosque with the main event taking place at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. In attendance were Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander RBLF, Senior Officers, Officers and personnel of RBLF.

The event commenced with Fardhu Maghrib prayer followed by three recitations of Surah Yaasin led by Private Abd Manan bin Othman from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. The event continued with a special Doa to mark Nisfu Sya'ban 1446 Hijrah and concluded with Fardhu Isya' prayer. Nisfu Sya'ban is a night that is full of blessings and prosperity for all Muslims, to enhance the acts of worship and seek Allah Subhanahu Wa Ta'ala's forgiveness.

 SURAU AL-FA'IZUN

SURAU PENGIRAN RATNA INDERA, PERKHEMAHAN TUTONG

SURAU AR-RAHMAH, PERKHEMAHAN LUMUT

SURAU AL-QUWWAH, BANGAR KEM

BILIK IBADAT REJIMEN PENGAWAL DIRAJA, SUNGAI AKAR

MASJID PULAU BARU-BARU

MEMPERINGATI MALAM NISFU SYA'BAN 1446 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Khamis, 13 Februari 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menyambut malam Nisfu Sya'ban bagi tahun 1446 Hijrah dengan sembahyang berjemaah dan bacaan Surah Yaasin,  yang diadakan secara serentak di semua Surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Turut hadir ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Acara dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib dan tiga kali bacaan Surah Yaasin yang dipimpin oleh Soldadu Abd Manan bin Othman dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Khas Nisfu Sya'ban 1446 Hijrah dan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya'. Nisfu Sya'ban adalah malam yang penuh keberkatan dan keistimewaan bagi seluruh umat Islam, untuk meningkatkan amal ibadah serta memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.