Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

DOA KESYUKURAN IN CONJUNCTION WITH HIS ROYAL HIGHNESS THE CROWN PRINCE 51ST BIRTHDAY

BERAKAS GARRISON, Sunday, 16th February 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, 51st birthday at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. Present were Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander RBLF, Senior Officers, Officers and personnel of RBLF. Similar events were also conducted at all RBLF Suraus including Pulau Baru-Baru Mosque.

The ceremony commenced with mass Maghrib and Sunat Hajat prayer led by Private Abd Manan bin Othman from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate followed by the recitation of Surah Yassin and Doa Kesyukuran. The ceremony concluded with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, and Isya prayer.

DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-51

BERAKAS GARISON, Ahad, 16 Februari 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia ke-51 tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, bertempat di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Hadir ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB. Majlis yang sama turut diadakan di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan Sunat Hajat yang dipimpin oleh Soldadu Abd Manan bin Othman dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran. Majlis diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, dan Sembahyang Fardhu Isya.​