Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ENGINEER REGIMENT FIRST ANNIVERSARY CELEBRATION

PENANJONG GARRISON, Monday, 03 February 2025 – The Engineer Regiment Royal Brunei Land Forces (Engr Regt RBLF) celebrated its first anniversary with a parade involving 127 personnel held at the Field RBLF Parade Square, Penanjong Garrison. Upon arrival, Lieutenant Colonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Engr Regt RBLF Commanding Officer received an honorary salute from the parade, commanded by Major Haji Md Khairi bin Haji Abdul Latif, Officer Commanding of the Second Squadron Chemical, Biological, Radiological and Explosive  (2Sqn CBRE ).

The celebration commenced with the parade inspection, followed by a speech by the Commanding Officer. In his speech, he reiterated the pledge of unwavering loyalty to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. He then congratulated all Engr Regt RBLF personnel for their continuous efforts, achievements and contributions particularly to the RBLF, and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in general.

The event then continued with the prize presentations for the Engineers Challenge, which was held for the first time on 28 January 2025. The Third Squadron, which is Construction, won the Best Squadron category and Troop 2 from the 2Sqn CBRE Def as the Best Troop. The event concluded with Doa Selamat and a group photo session.

The Engr Regt RBLF was established on 2nd February 2024 and this anniversary celebration not only marks a significant milestone for Engr Regt RBLF but also reflects the unit's steadfast commitment and dedication in providing the essential combat engineering support towards fulfilling the RBAF operational requirements. On a separate occasion, the Engr Regt RBLF also held a Doa Kesyukuran ceremony on 1 February 2025 at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison, to commemorate its anniversary this year.


SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN PERTAMA REJIMEN JURUTERA

PENANJONG GARISON, Isnin, 03 Februari 2025 – Rejimen Jurutera Tentera Darat Diraja Brunei (RJ TDDB) telah meraikan sambutan Hari Ulang Tahun ke-1 dengan upacara perbarisan yang melibatkan 127 anggota bertempat di Padang Kawad Medan TDDB, Penanjong Garison. Sejurus tiba, Leftenan Kolonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Pegawai Pemerintah RJ TDDB, menerima tabik hormat daripada Kawalan Perbarisan yang diketuai oleh Mejar Haji Md Khairi bin Haji Abdul Latif, Pegawai Memerintah Skuadron Kedua Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan (2Skn KBRL).

Sambutan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah. Dalam ucapannya, beliau mengulangi lafaz ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua anggota Rejimen Kejuruteraan TDDB atas usaha berterusan, pencapaian dan sumbangan mereka, khususnya kepada TDDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara amnya.

Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Cabaran Jurutera yang pertama kali diadakan pada 28 Januari 2025. Skuadron Ketiga iaitu Pembinaan telah memenangi kategori Skuadron Terbaik dan Trup 2 daripada 2Skn Pthn KBRL muncul sebagai Trup Terbaik. Acara diakhiri dengan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.

RJ TDDB telah ditubuhkan pada 2 Februari 2024 dan sambutan ulang tahun ini bukan sahaja menandakan satu pencapaian penting bagi RJ TDDB tetapi juga mencerminkan komitmen dan dedikasi berterusan unit berkenaan dalam memberikan bantuan kejuruteraan kombat ke arah memenuhi keperluan operasi ABDB. RJ TDDB turut mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahunnya pada tahun ini yang diadakan secara berasingan pada 1 Februari 2025 di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.