BERAKAS GARRISON, Thursday, 29 January 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held an event marking Isra' and Mi'raj 1446 Hijrah celebration, simultaneously at all RBLF Suraus including Pulau Baru-Baru Mosque with the main event taking place at Surau Al-Fai'zun, Berakas Garrison. Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, RBLF Chief of Staff attended the event as the Guest of Honour, and were also joined by senior officers, officers and RBLF personnel.
The event began with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah and proceeded with the recitation of Surah Al-Isra verses 1 to 7 led by Staff Sergeant Mohammad Ali Hussin bin Zakaria from the RBLF Headquarters. The celebration was further enlivened with a religious talk entitled "Sembahyang Mencerdaskan Minda" by Captain Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate, prior concluded with Asar prayers, recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam and Selawat Qiam.
This event is one of the RBAF's annual religious activities in commemorating the journey of Prophet Muhammad (PBUH) during Isra' and Mi'raj, while strengthening the bonds among the RBAF members.
SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ
BERAKAS GARISON, Khamis, 29 Januari 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj 1446 Hijrah secara serentak di surau-surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB, telah hadir ke majlis tersebut selaku Tetamu Kehormat, dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Isra ayat 1 hingga 7 oleh Staf Sarjan Mohammad Ali Hussin bin Zakaria dari Markas TDDB. Sambutan disemarakkan lagi dengan ceramah agama bertajuk “Sembahyang Mencerdaskan Minda" yang disampaikan oleh Kapten Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), sebelum diakhiri dengan Solat Asar, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, serta Selawat Qiam.
Acara ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan ABDB dalam memperingati perjalanan Nabi Muhammad S.A.W semasa Isra' dan Mi'raj, di samping mengeratkan silaturahim di kalangan warga ABDB.