RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 31st January 2025 – The Dental Services Royal Brunei Land Forces (RBLF) has officially launched Children's Dental Services at the Dental Centre, Rimba Air Force Base, attended by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF).
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and welcoming remarks by Colonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief of Dental Services RBLF, before proceeding with Doa Selamat and the official launching by RBAirF Commander. The launching also includes a tour of the newly refurbished Treatment Room 3 and the Digital Radiography systems installed in Treatment Rooms 1 and 2. The dental treatment for children was also demonstrated by Sergeant Aleeya Qistina binti Omar, a Dental Hygiene Therapist who had successfully graduated with a Level 5 Diploma in Dental Hygiene Therapy from Brunei Polytechnic and currently serves as the Dental Nurse.
This initiative aims to improve access to quality dental care and make a significant contribution to the overall well-being of children in the Royal Brunei Armed Forces.
KHIDMAT RAWATAN PERGIGIAN KANAK-KANAK DILANCARKAN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 31 Januari 2025 – Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah melancarkan Perkhidmatan Pergigian Kanak-Kanak di Pusat Pergigian, Pangkalan Tentera Udara Rimba, yang dihadiri oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan oleh Kolonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian TDDB, sebelum diteruskan dengan Doa Selamat dan pelancaran rasmi oleh Pemerintah TUDB. Pelancaran ini juga termasuk lawatan ke Bilik Rawatan 3 yang baru diubah suai dan sistem Radiografi Digital yang dipasang di Bilik Rawatan 1 dan 2. Demonstrasi bagi rawatan pergigian kanak-kanak turut disampaikan oleh Sarjan Aleeya Qistina binti Omar, Dental Hygiene Therapist yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan Diploma Tahap 5 dalam Terapi Kebersihan Pergigian dari Politeknik Brunei dan kini berkhidmat sebagai Jururawat Pergigian.
Inisiatif ini adalah bertujuan untuk meningkatkan akses kepada penjagaan pergigian yang berkualiti dan menyumbang kepada kesejahteraan kanak-kanak di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.