TUTONG, Saturday, 25th January 2025 – Severe weather conditions in Brunei Darussalam have led to heavy rainfall and flooding in several low-lying areas at the Tutong District and have rendered several residential areas and rural roads inaccessible. In assisting the affected residents, the Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) has deployed 18 personnel led by Lieutenant Abdul Azizul Hakim bin Yahya from the 'A' Company, particularly along Jalan Kampong Panchong and Jalan Kuala Ungar – Benutan, providing transportation to the flood victims.
The RBLF's response and unwavering commitment to serve the local community have been instrumental in mitigating the impact of the floods and providing much-needed support to those affected.
MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR
TUTONG, Sabtu, 25 Januari 2025 – Keadaan cuaca buruk di Negara Brunei Darussalam telah mengakibatkan hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan rendah di Daerah Tutong dan menyebabkan beberapa kediaman dan jalan raya kampong tidak dapat dilalui. Dalam membantu penduduk yang terjejas, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengerahkan seramai 18 anggota yang diketuai oleh Leftenan Abdul Azizul Hakim bin Yahya dari Kompeni 'A', khususnya di sepanjang Jalan Kampong Panchong dan Jalan Kuala Ungar – Benutan, dalam menyediakan pengangkutan kepada mangsa banjir.
Tindak balas dan komitmen TDDB untuk berkhidmat kepada Masyarakat setempat ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan banjir serta memberikan sokongan yang amat diperlukan kepada mereka yang terjejas.