PENANJONG GARRISON, Thursday, 23 January 2025 – The Intermediate Clerk Course, a training program designed to equip the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel with advanced clerical skills, has successfully concluded with a closing event held at Dewan Nikmat, Training Institute (TI) RBAF, Penanjong Garrison. The two-week course was organised by the Field Headquarters Royal Brunei Land Forces (RBLF) from 2nd January 2025 to 23rd January 2025. A total of 72 personnel from the RBLF, TI RBAF and the Ministry of Defence attended the course, honing their abilities in record-keeping, administrative procedures, and other critical office management functions. Officiating the closing was Lieutenant Colonel Erawan bin Haji Abu Bakar, Chief of Staff, Field Headquarters RBLF.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah Al-Mujadalah led by Lance Corporal Khairul Yazid bin Haji Mat Rajeh, followed by a brief course review from Lance Corporal Adib Syazwan bin Abd Rashid, both of whom were representatives of the course participants. The closing also featured award presentations recognising the outstanding achievements of the course participants namely Lance Corporal Awang Mohammad Ali Fadillah bin Awang Haji Md Baharuddin from the Combat Service Support as the Best Overall Student, and Syndicate 4 Alpha received the Best Clerk Section award. The successful completion of the course positions all personnel to play a crucial role in supporting the organisation with increased efficiency and professionalism.
KURSUS KERANI PERTENGAHAN BERAKHIR
PENANJONG GARISON, Khamis, 23 Januari 2025 – Kursus Kerani Pertengahan iaitu program latihan yang direka untuk melengkapkan anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan kemahiran perkeranian, telah diakhiri dengan acara penutup yang diadakan di Dewan Nikmat, Institut Latihan (IL) ABDB, Penanjong Garison. Kursus selama dua minggu itu telah dikendalikan oleh Markas Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dari 2 Januari 2025 hingga 23 Januari 2025. Seramai 72 anggota dari TDDB, IL ABDB dan Kementerian Pertahanan telah menghadiri kursus tersebut untuk mengasah keupayaan mereka dalam penyimpanan rekod, prosedur pentadbiran, dan fungsi pengurusan pejabat yang lain. Merasmikan acara penutup tersebut ialah Leftenan Kolonel Erawan bin Haji Abu Bakar, Ketua Staf Markas Medan TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Mujadalah yang dipimpin oleh Lans Koperal Khairul Yazid bin Haji Mat Rajeh, diikuti dengan ulasan ringkas mengenai kursus oleh Lans Koperal Adib Syazwan bin Abd Rashid, kedua-duanya merupakan wakil peserta kursus. Acara penutup turut menampilkan penyampaian anugerah bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang peserta kursus, di mana Lans Koperal Awang Mohammad Ali Fadillah bin Awang Haji Md Baharuddin dari Khidmat Bantuan Kombat dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan, manakala Sindiket 4 Alpha telah menerima anugerah Seksyen Kerani Terbaik. Penyempurnaan kursus ini berjaya mempersiapkan semua peserta-peserta kursus untuk memainkan peranan penting ke arah menyokong organisasi dengan kecekapan dan profesionalisme yang lebih tinggi.