BERAKAS GARRISON, Friday, 08 November 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) Shooting Contingent consisting of 44 personnel will participate in the 32nd ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) which is scheduled to take place from 12 to 23 November 2024 at the Philippines Army Marksmanship Training Facility in Capas, Tarlac, the Republic of the Philippines. The Brunei Darussalam flag was handed over by Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the RBLF to Lieutenant Colonel Haji Arsahrin bin Haji Arif, the Contingent Commander, in a ceremony held at the RBLF Headquarters, Berakas Garrison.
AARM is an annual army shooting competition where the 10 ASEAN countries take turns to host the event. Besides the 32nd AARM, the 25th ASEAN Chief of Armies Multilateral Meeting and the 12th ASEAN Sergeant Major Annual Meeting will also be held concurrently on 20th to 23rd November 2024.
KONTINJEN PENEMBAK TDDB AKAN MENYERTAI ASEAN ARMIES RIFLE MEET KE-32
BERAKAS GARISON, Jumaat, 08 November 2024 – Kontinjen Penembak Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang terdiri daripada 44 anggota akan menyertai Kejohanan Menembak Tentera Darat ASEAN (ASEAN Armies Rifle Meet, AARM) ke-32, dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 23 November 2024 di Fasiliti Latihan Menembak Tentera Darat Filipina di Capas, Tarlac, Republik Filipina. Bendera Negara Brunei Darussalam telah diserahkan oleh Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB kepada Leftenan Kolonel Haji Arsahrin bin Haji Arif, Ketua Kontinjen, dalam upacara yang berlangsung di Markas TDDB, Berakas Garison.
AARM merupakan kejohanan menembak tahunan tentera darat di mana 10 negara ASEAN menjadi tuan rumah secara bergilir bagi acara tersebut. Selain AARM ke-32, Mesyuarat Pelbagai Hala Ketua-Ketua Tentera Darat ASEAN ke-25 dan Mesyuarat Tahunan Sarjan Mejar Tentera Darat ASEAN ke-12 juga akan diadakan secara serentak pada 20 hingga 23 November 2024.