TUTONG CAMP, Monday, 04th November 2024 - The Royal Brunei Land Force (RBLF) celebrated its 63rd anniversary with a grand parade involving 948 personnel at the Second Battalion (2Bn) RBLF's Parade Square, Tutong Camp. Upon arrival, Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander RBLF received the honourary salute from the parade, commanded by Major Abdul Rahim bin Haji Idris, Second in Command of the Engineer Regiment RBLF. Also in attendance were the Deputy Commander of RBLF, Senior Land Force Officers across the Ministry of Defence, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and RBLF, as well as officers and other ranks of RBLF.
The celebration commenced with the parade inspection and speech by the Commander of RBLF. In the speech, he reiterated the pledge of unwavering loyalty and highest appreciation on behalf of all RBLF's personnel to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for the continuous development of RBLF and the well-being of its personnel.
He then outlined RBLF's key accomplishments in the course of 2024 and thanking to all level of leadership and personnel for their enduring commitment and contributions. Commander RBLF also outlined series of key objectives to be achieved in 2025 in line with its vision, mission and role. The event continued with the recital of RBLF pledge led by the Parade Commander, Doa Selamat recitation and a group photo session.
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE-63
PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin, 04 November 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) meraikan sambutan Hari Ulang Tahun ke-63 dengan upacara perbarisan yang melibatkan 948 anggota bertempat di Padang Kawad Batalion Kedua TDDB, Perkhemahan Tutong. Sejurus tiba, Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB menerima tabik hormat daripada Kawalan Perbarisan yang diketuai oleh Mejar Abdul Rahim bin Haji Idris, Timbalan Pegawai Pemerintah Rejimen Jurutera TDDB. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat dari Kementerian Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan TDDB, serta Pegawai-pegawai dan Lain-Lain Peringkat TDDB.
Sambutan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, diikuti dengan perutusan yang disampaikan oleh Pemerintah TDDB. Dalam ucapannya, beliau mengulangi lafaz ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi dan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas perkembangan dan kesejahteraan warga TDDB yang berterusan di bawah pimpinan bijaksana Baginda.
Beliau kemudiannya menggariskan pencapaian utama TDDB sepanjang tahun 2024 dan mengucapkan penghargaan kepada semua peringkat kepimpinan dan anggota atas komitmen berterusan dan sumbangan yang telah diberikan. Pemerintah TDDB turut menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai pada tahun 2025 selaras dengan visi, misi dan peranannya. Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar TDDB yang diketuai oleh Ketua Perbarisan, bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.