Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

19TH ADMM-PLUS EXPERTS WORKING GROUP ON MILITARY MEDICINE

JAKARTA, Indonesia, Friday, 01st November 2024 – The Medical Services of the Royal Brunei Land Force (RBLF) led by Lieutenant Colonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Chief of Medical Services RBLF, attended the 19th ASEAN Defence Ministers' Meeting Plus Experts' Working Group on Military Medicine (ADMM-Plus EWG on MM). The meeting, co-chaired by the Republic of Indonesia and the United States of America for the period of 2024 – 2027, was held in Jakarta from 29th October to 1st November 2024 with the theme “Together Towards Health Resilience".

The key agenda for the 19th ADMM-Plus EWG on MM focuses on the vital role of military medicine in natural disaster response, particularly in Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) operations. The participants also shared insights and lessons learned from the COVID-19 pandemic, emphasising the critical contributions of military medical services during and after such global crises. Since its establishment in 2010, the EWG on MM has played a key role in strengthening cooperation, interoperability, and coordination among the military medical services. Previously, Brunei Darussalam and Australia co-chaired the fourth cycle of the EWG on MM from 2021 to 2024.

MESYUARAT KUMPULAN KERJA PAKAR PERUBATAN TENTERA ADMM-PLUS KALI KE-19

JAKARTA, Indonesia, Jumaat, 01 November 2024 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, telah menyertai Mesyuarat Kumpulan Kerja Pakar Perubatan Tentera, Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) kali ke-19. Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Republik Indonesia dan Amerika Syarikat bagi tempoh 2024 – 2027, telah diadakan di Jakarta dari 29 Oktober hingga 1 November 2024 dengan tema “Bersama Ke Arah Ketahanan Kesihatan".

 

Agenda utama bagi Kumpulan Kerja Pakar Perubatan Ketenteraan ADMM-Plus ke-19 memfokuskan kepada peranan penting perubatan ketenteraan dalam tindak balas bencana alam, khususnya dalam operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana. Para peserta juga berkongsi pandangan dan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik COVID-19, dengan menekankan mengenai sumbangan kritikal perkhidmatan perubatan tentera semasa dan selepas krisis global tersebut. Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Kumpulan Kerja Pakar Perubatan Tentera telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kerjasama, kesalingoperasian dan penyelarasan di kalangan perkhidmatan perubatan tentera. Sebelumnya,  Negara Brunei Darussalam dan Australia telah mempengerusikan bersama kitaran keempat Kumpulan Kerja Pakar Perubatan Tentera dari 2021 hingga 2024.