BOLKIAH GARRISON, Friday, 01 November 2024 – Three nursing undergraduates from Universiti Brunei Darussalam (UBD) completed a three-month Discovery Year (DY) program at the Medical Services Headquarters, Royal Brunei Land Force (RBLF), Bolkiah Garrison from 5th August to 31st October 2024.
Throughout the placement, students had the opportunity to assist with triage and medical examinations, recruitment screenings and medical coverage for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) sport events. They also visited various Medical Reception Services, the Toxicology Laboratory at Berakas Garrison, and the RBAF Museum. The Discovery Year is part of UBD GenNEXT Program, offering students an array of choice to gain first-hand experience outside of the university. It is aimed to develop students personally, academically and professionally by providing opportunities to engage with local and international communities, and prolonged exposure to the professional workplace.
PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM TAMAT PENEMPATAN
BOLKIAH GARISON, Khamis, 31 Oktober 2024 – Tiga mahasiswa kejururawatan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menamatkan Program Discovery Year selama tiga bulan di Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Bolkiah Garison, dari 5 Ogos hingga 31 Oktober 2024.
Sepanjang penempatan, pelajar berpeluang membantu dengan pemeriksaan triage dan perubatan, saringan pengambilan rekrut dan liputan perubatan bagi acara sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Mereka juga telah melawat pelbagai Pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Makmal Toksikologi di Berakas Garison, dan Muzium ABDB. Discovery Year adalah sebahagian daripada Program UBD GenNEXT, yang menawarkan pelajar pelbagai pilihan untuk mendapatkan pengalaman langsung di luar universiti. Ia adalah bertujuan untuk mengembangkan pelajar secara peribadi, akademik dan profesional dengan menyediakan peluang untuk melibatkan diri dengan komuniti tempatan dan antarabangsa, dan pendedahan berpanjangan kepada tempat kerja profesional.