Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SESSION WITH COMMANDER ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Friday, 30th August 2024 – Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) had a session with RBLF Officers rank Major and and Captain (holding Major post) held at the Officers' Mess, Berakas Garrison.

The session highlighted the RBLF Commander's expectations, whereby he reminded all officers to recap on the RBLF Vision, Mission and Roles, and emphasised on the RBAF core values, essential qualities as well as skills that every officer should possess. He also stressed on the important roles and responsibilities of RBLF middle-management officers, in contributing to the effective functions of RBLF in achieving its goals. Commander RBLF then stated on the importance of RBLF Officers to instill discipline to subordinates in performing their duties through leadership, and to maintain a high level of preparedness to deliver their tasks effectively. The session proceeded with question-and-answer followed by Fardhu Asar prayer at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison before partaking sport activity as part of the interaction program between the RBLF Commander and RBLF middle-management officers.

The interaction has indeed provided the opportunity for RBLF Officers to discuss and exchange views on various topics and issues through an interactive question and answer session with the Commander of RBLF.

 

SESI BERSAMA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI​

BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 Ogos 2024 – Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri sesi perjumpaan bersama Pegawai-pegawai TDDB berpangkat Mejar dan Kapten (Pemegang jawatan Mejar) yang diadakan di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Sesi tersebut mengetengahkan harapan Pemerintah TDDB, di mana beliau mengingatkan kepada semua Pegawai-pegawai untuk mengamati semula Visi, Misi dan Peranan TDDB, dan menekankan mengenai nilai-nilai teras ABDB, kualiti dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai. Beliau turut menekankan tentang peranan dan tanggungjawab sebagai pegawai pengurusan pertengahan TDDB, dalam menyumbang kepada fungsi berkesan untuk mencapai matlamat TDDB. Beliau juga menyatakan kepentingan bagi Pegawai-pegawai TDDB untuk memupuk nilai disiplin kepada anggota-anggota bawahan dalam melaksanakan tugas mereka melalui kepimpinan, dan mengekalkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Sesi kemudiannya diteruskan dengan soal jawab, diikuti dengan solat Fardhu Asar berjemaah di Surau Al-Fai'zun, Berakas Garison sebelum mengikuti aktiviti sukan sebagai sebahagian daripada program interaksi antara Pemerintah TDDB dan Pegawai-pegawai pengurusan pertengahan TDDB.

Sesi tersebut setentunya memberikan peluang kepada Pegawai-pegawai TDDB untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai topik dan isu melalui sesi soal jawab interaktif bersama Pemerintah TDDB.