Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

CLOSING CEREMONY FOR RANGE MANAGEMENT COURSE

PENANJONG GARRISON, Thursday, 29th August 2024 – The closing ceremony for the Range Management Course (RMC) 01/2024 took place at the School of Infantry, Royal Brunei Land Force (SOI RBLF). The course was conducted from 4th July 2024 to 30th August 2024 comprising of 38 participants from various units of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Royal Brunei Police Force.

Attending the ceremony was Major Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer (CO) of SOI RBLF and were joined by senior officers, officers and personnel from RBAF as well as invited guests. The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah by Sergeant Mohd Marzuqni Aqla bin Jinin, course participants' representative, followed by the recitation of Surah Al-Mujadalah verses 11-13. Captain Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Head of Training Wing, Small Arms and Heavy Weapons SOI RBLF then delivered the summary of course conduct and the ceremony continued with the presentation of certificates and awards by CO SOI RBLF.

The Best Practical Award was presented to Sergeant Mohd Hamiduddin Hidayatullah bin Awang Taha from SOI RBLF; Best Theory Award to Sergeant Aimi bin Sapar from 2 Squadron Combat Engineer Regiment RBLF; and Best Overall Award to Sergeant Hardishah bin Awang Tapa@Awang Haji Mustapa from the Special Force Regiment RBAF. The event concluded with closing remarks from CO SOI RBLF, followed by the recitation of Closing Doa lead by Muhammad Rusaini bin Awang, Imam of Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison, and a photo session.

The course aims to train all course participants on safety for range activities such as supervising firing range, preparation of the range for firing, production of written instructions to support firing activities, and range safety procedures.

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK

PENANJONG GARISONKhamis, 29 Ogos 2024 – Majlis Penutup Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak 01/2024 telah berlangsung di Sekolah Infantri, Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB). Kursus ini telah dijalankan dari 4 Julai 2024 hingga 30 Ogos 2024 yang melibatkan seramai 38 peserta dari pelbagai unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei.

Hadir pada majlis tersebut ialah Mejar Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah SI TDDB dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota ABDB serta tetamu jemputan. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Sarjan Mohd Marzuqni Aqla bin Jinin, wakil peserta kursus, diikuti dengan bacaan Surah Al-Mujadalah ayat 11-13. Kapten Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Ketua Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat, seterusnya menyampaikan ringkasan pengendalian kursus dan majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah oleh Pegawai Pemerintah SI TDDB.

Anugerah Penuntut Terbaik Amali disandang oleh Sarjan Mohd Hamiduddin Hidayatullah bin Awang Taha dari SI TDDB, Anugerah Penuntut Terbaik Teori oleh Sarjan Aimi bin Sapar dari Skuadron Kedua, Rejimen Jurutera dan Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan oleh Sarjan Hardishah bin Awang Tapa@Awang Haji Mustapa dari Rejimen Pasukan Khas ABDB. Majlis diakhiri dengan ucapan dari Pegawai Pemerintah SI TDDB, diikuti dengan bacaan Doa Penutup dan sesi bergambar ramai.

Kursus ini bertujuan untuk melatih semua peserta kursus mengenai keselamatan bagi aktiviti padang tembak seperti menyelia dan penyediaan padang tembak, pengeluaran arahan bertulis bagi aktiviti menembak dan prosedur keselamatan padang tembak.