Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

BRUMAL SETIA 16/2024 AND MERTAK BERSATU 14/2024 EXERCISE PLANNING CONFERENCE

​LUMUT CAMP, Wednesday, 28th August 2024 - The Exercise Planning Conference (EPC) for Exercise BRUMAL SETIA 16/2024 and MERTAK BERSATU 14/2024 between the Royal Brunei Land Force (RBLF) and the Malaysian Army was held at Third Battalion Royal Brunei Land Force Headquarters (3Bn RBLF HQ), Lumut Camp from 26th until 28th August 2024. Attending the EPC was Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, the Commanding Officer of 3Bn RBLF, senior officers and officers RBLF.

 

Upon arrival at 3Bn RBLF, the Malaysian delegation led by Lieutenant Colonel Mohd Sufian bin Mamat, Staff Officer Grade 1, Training, Operation and Plan from the Fifth Division Headquarters of Malaysian Infantry (MK 5 Div) based in Sabah was welcomed by Major Abdul Aziz bin Haji Razali, 3Bn RBLF Second In-Command. Among the agendas discussed include the conduct of Field Training Exercises (FTX) scheduled in September 2024 in Brunei Darussalam. The EPC focuses in ensuring that the training objectives and outcomes for both armies are met. The delegation also had the opportunity to visit and take a closer look on the facilities at Lumut Camp as part of the upcoming FTX.

 

This year will mark the 16th series of Exercise BRUMAL SETIA and the 14th series for Exercise MERTAK BERSATU. Such annual exercises has served as an important platform for both armies to strengthen professional linkages and build friendships amongst soldiers. The RBLF will also continue to play its role in supporting the Ministry of Defence's defence diplomacy effort as one of the three key defence pillars.



EXERCISE PLANNING CONFERENCE BAGI EKSESAIS BRUMAL SETIA 16/2023 DAN MERTAK BERSATU 14/2024

PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu, 28 Ogos 2024 - Exercise Planning Conference (EPC) bagi Eksesais BRUMAL SETIA 16/2024 dan MERTAK BERSATU 14/2024 di antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Malaysia telah diadakan di Markas Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB), Perkhemahan Lumut dari 26 hingga 28 Ogos 2024. Turut hadir semasa EPC tersebut ialah Mejar Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB, Pegawai-pegawai Kanan dan pegawai-pegawai TDDB.

Setibanya di 3Bn TDDB, delegasi Malaysia yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Sufian bin Mamat, Pegawai Turus Gred 1, Operasi, Latihan dan Rancang dari Markas Divisyen ke-5 Infantri Malaysia (MK 5 Div) yang berpangkalan di Sabah telah disambut oleh Mejar Abdul Aziz bin Haji Razali, Timbalan Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Antara agenda yang dibincangkan termasuk pelaksanaan Field Training Exercise (FTX) yang dijadualkan pada bulan September 2024 di Negara Brunei Darussalam. EPC tersebut memberi tumpuan dalam memastikan objektif latihan dan hasil bagi kedua-dua tentera darat dipenuhi. Delegasi juga berpeluang melawat dan melihat secara lebih dekat kemudahan di Perkhemahan Lumut sebagai sebahagian daripada FTX itu nanti.

Tahun ini akan menandakan siri ke-16 bagi Eksesais BRUMAL SETIA dan siri ke-14 bagi Eksesais MERTAK BERSATU. Latihan sedemikian merupakan platform penting bagi kedua-dua tentera darat dalam mengukuhkan hubungan profesional dan membina persahabatan di kalangan anggota. TDDB juga akan terus memainkan peranannya dalam mendokong usaha diplomasi pertahanan Kementerian Pertahanan iaitu salah satu daripada tiga tonggak utama pertahanan.