Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE PARTICIPATES IN THE GET-TOGETHER FOR HIS MAJESTY'S 78TH BIRTHDAY CELEBRATION IN BELAIT DISTRICT


BELAIT, Tuesday, 30th July 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) joined together with the citizens and residents of Belait District to greet His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for a Get-Together in conjunction with His Majesty's 78th Birthday celebrations held at the Municipal Field, Jalan Sultan, Kuala Belait.

The celebration commenced with the National Anthem "Allah Peliharakan Sultan", followed by Special Performances with the theme 'Raja Berdaulat Lagi Terhormat' involving more than 300 performers. His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Royal Family members then consented to tour the tents for a meet and greet session commencing with the organising committees and performers, followed by the citizens and residents, government departments and non-governmental organisations of the Belait District including Officers and personnel from the 3Bn RBLF, and the First Battalion Royal Gurkha Rifles. His Majesty was greeted by Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, the Commanding Officer of 3Bn RBLF.

The Get-Together is an annual tradition, where the citizens and residents has the opportunity to interact closely with His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Royal Family members as a symbol of their love, solidarity and the unyielding loyalty towards His Majesty.



BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI MAJLIS RAMAH MESRA BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-78 TAHUN DI DAERAH BELAIT

BELAIT, Selasa, 30 Julai 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) ikut serta bersama rakyat serta penduduk Daerah Belait untuk menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-78 bertempat di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait.

Sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan diikuti dengan Persembahan Khas yang bertemakan 'Raja Berdaulat Lagi Terhormat', yang mana telah melibatkan lebih 300 peserta. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli-ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung berangkat melawat ke khemah-khemah bagi Majlis Ramah Mesra yang dimulai dengan Ahli-ahli Jawatankuasa dan para peserta. Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan ahli-ahli Kerabat Diraja berangkat bagi ramah mesra bersama rakyat dan penduduk, Jabatan-jabatan kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Daerah Belait termasuk Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari 3Bn TDDB dan Batalion Pertama Royal Gurkha Rifles. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dikhemah TDDB telah dijunjung oleh Mejar Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB.

Majlis Ramah Mesra merupakan tradisi tahunan, di mana rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih dekat bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai tanda rasa kasih sayang, perpaduan  dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda.