PENANJONG GARRISON, Monday, 29th July 2024 - The School of Infantry Royal Brunei Land Force (SOI RBLF) celebrated its 15th anniversary held at the SOI RBLF, Penanjong Garrison. Present as the Guest of Honour was Major Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer of SOI RBLF and were also attended by officers, personnel and course participants of SOI RBLF.
The anniversary celebration commenced with a parade led by Captain Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, SOI RBLF Head of Training Wing, Small Arms and Heavy Weapons, followed by remarks from the Guest of Honour. In his speech, he complimented and congratulated all SOI RBLF personnel for their continuous efforts, achievements and contributions particularly to the RBLF, and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in general. He also emphasised all instructors to maintain the training standards in educating, and building the skills as well as the capacity of RBAF personnel while attending courses at SOI RBLF. The event then continued with the award presentations to SOI RBLF instructors and civilian staff in appreciation and recognition for their outstanding contributions followed by recitation of Doa, prior concluding the event with a group photo session.
The 15th anniversary celebration not only marks a significant milestone for SOI RBLF but also reflects the institution's steadfast commitment and dedication in line with its mission to train and educate the infantry personnel, professionally and dynamically, towards fulfilling the RBAF operational requirements.
On a separate occasion, the SOI RBLF also held a Doa Kesyukuran ceremony to commemorate its anniversary this year, which was held on 27th July 2024 at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.
SEKOLAH INFANTRI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MERAIKAN HARI ULANG TAHUN KE-15
PENANJONG GARISON, Isnin, 29 Julai 2024 – Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-15 bertempat di SI TDDB, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah SI TDDB dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai, anggota-anggota dan para peserta kursus SI TDDB.
Sambutan ulang tahun tersebut dimulakan dengan perbarisan yang diketuai oleh Kapten Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Ketua Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat, SI TDDB dan diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat. Dalam ucapannya, beliau memuji dan mengucapkan tahniah kepada semua warga SI TDDB atas usaha yang diberikan secara berterusan, pencapaian dan sumbangan mereka khususnya kepada TDDB, dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) amnya. Beliau turut menekankan agar semua jurulatih mengekalkan standard latihan dalam mendidik, dan membina kemahiran serta kapasiti anggota ABDB semasa menghadiri kursus-kursus di SI TDDB. Acara diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada anggota-anggota SI TDDB sebagai penghargaan dan pengiktirafan atas sumbangan cemerlang mereka dan seterusnya diikuti dengan bacaan Doa, sebelum acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Sambutan ulang tahun ke-15 ini bukan sahaja menandakan satu pencapaian penting bagi SI TDDB tetapi juga mencerminkan komitmen dan dedikasi berterusan institusi ini sejajar dengan misinya untuk melatih dan mendidik anggota infantri secara profesional dan dinamik ke arah memenuhi keperluan operasi ABDB.
SI TDDB turut mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahunnya pada tahun ini yang diadakan secara berasingan pada 27 Julai 2024 di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.