Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

DOA KESYUKURAN EVENT IN CONJUNCTION WITH HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM'S 78TH BIRTHDAY

BERAKAS GARRISON, Sunday, 14th July 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Doa Kesyukuran event in conjunction with the 78th birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam simultaneously at all RBLF suraus including Pulau Baru-Baru Mosque with the main event held at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison.

The event commenced with the recitation of verses of the holy Al-Quran from Surah Al-Mulk verses 1 to 11 led by Staff Sergeant Harun Al-Rasyid bin Haji Mohd Hussin from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate followed by the congregational Maghrib prayer. The ceremony was further enlivened with Sunnat Hajat prayer and the recitation of Surah Yassin led by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Fa'izun. Also present were Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of RBLF, Senior Officers, Officers and personnel of RBLF.

The event concluded with Doa Kesyukuran, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam and mass Isya' prayer led Captain Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini from the RBAF Religious Directorate. This event is an annual celebration held in all mosques, suraus and religious halls throughout the country and celebrated by all citizens to show gratitude and love for His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-78

BERAKAS GARISON, Ahad, 14 Julai 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 secara serentak di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 11 oleh Staf Sarjan Harun Al-Rasyid bin Haji Mohd Hussin dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis disemarakkan lagi dengan sembahyang Sunnat Hajat dan bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Fa'izun. Turut hadir ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB,  Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan sembahyang Fardhu Isya' berjemaah yang dipimpin oleh Kapten  Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini dari JAMA'AT. Majlis ini merupakan sambutan tahunan yang diadakan diseluruh masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara dan disambut oleh semua rakyat bagi menandakan rasa syukur dan menjunjung kasih terhadap raja dan pemimpin negara.