PENANJONG GARRISON, Friday, 28th June 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) and the United States Army Pacific (USARPAC) has officially concluded Exercise PAHLAWAN WARRIOR 3/2024, which was held at the Field Firing Area, Binturan Range, Penanjong Garrison.
Present to officiate the closing ceremony were Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of the RBLF, and Brigadier General Colby B. Wyatt, Director of Joint Staff, Oklahoma National Guard. Also in attendance to witness the ceremony were Her Excellency, Caryn R McClelland, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the United States to Brunei Darussalam, Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Acting Field Commander RBLF, Senior Officers, Officers, and exercise participants from the RBLF and USARPAC.
The closing ceremony commenced with a live firing demonstration followed by an inspection of the parade. The ceremony continued with closing remarks from the Deputy Commander of the RBLF, where he highlighted the significance of Exercise PAHLAWAN WARRIOR in providing both armies with a platform to share knowledge and experiences, particularly in Tactics, Techniques and Procedures, encompassing both jungle and urban operations. He further stated the invaluable relationship between RBLF and USARPAC, and congratulated both armies on the successful exercise. Subsequently, Brigadier General Colby B. Wyatt in his remarks emphasised that such exercise has provided the ideal opportunity to learn from each other's best practices, which can certainly help to enhance capabilities, competencies and confidence among participants. The ceremony concluded with exchange of mementos and a group photo session.
Exercise PAHLAWAN WARRIOR is a biennial exercise between the RBLF and USARPAC, aimed not only to strengthen practical military cooperation but also to enhance combat readiness and tactical interoperability between the two armies. Exercise PAHLAWAN WARRIOR 3/2024 was conducted from 22nd to 28th June 2024.







UPACARA PENUTUP EKSESAIS PAHLAWAN WARRIOR 03/2024
PENANJONG GARISON, Jumaat, 28 Jun 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan United States Army Pacific (USARPAC) secara rasminya menutup Eksesais PAHLAWAN WARRIOR 3/2024, bertempat di kawasan Lapang Sasar, Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison.
Hadir bagi merasmikan upacara penutup ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB dan Brigedier Jeneral Colby B. Wyatt, Director of Joint Staff Oklahoma National Guard. Turut hadir menyaksikan upacara tersebut ialah Puan Yang Terutama Caryn R McClelland, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pemangku Pemerintah Medan TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan peserta-peserta eksesais dari TDDB dan USARPAC.
Upacara dimulakan dengan demonstrasi menembak menggunakan peluru hidup diikuti dengan pemeriksaan barisan. Acara diteruskan dengan ucapan penutup dari Timbalan Pemerintah TDDB yang mana beliau menekankan kepentingan Eksesais PAHLAWAN WARRIOR dalam menyediakan kedua-dua tentera platform untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman khususya dalam Taktik, Teknik dan Prosedur, yang merangkumi operasi hutan dan bandar. Beliau seterusnya menyatakan hubungan yang tidak ternilai antara TDDB dan USARPAC, dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua tentera di atas kejayaan eksesais tersebut. Seterusnya, Brigedier Jeneral Colby B. Wyatt dalam ucapannya menekankan bahawa eksesais tersebut menyediakan peluang yang ideal untuk masing-masing berkongsi amalan terbaik yang setentunya dapat membantu meningkatkan keupayaan, kecekapan dan keyakinan di kalangan peserta eksesais. Acara diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar ramai.
Eksesais PAHLAWAN WARRIOR merupakan eksesais yang dilaksanakan setiap dua tahun sekali di antara TDDB dan USARPAC, yang bertujuan bukan sahaja untuk mengukuhkan kerjasama ketenteraan praktikal tetapi juga untuk meningkatkan kesediaan tempur dan interoperabiliti taktikal antara kedua-dua tentera. Eksesais PAHLAWAN WARRIOR 3/2024 telah dilaksanakan bermula pada 22 hingga 28 Jun 2024.