Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

DENTAL SERVICES ROYAL BRUNEI LAND FORCE CELEBRATES 52nd ANNIVERSARY


BERAKAS GARRISON, Tuesday, 11th June 2024 – The Dental Services of the Royal Brunei Land Force (RBLF) proudly celebrated its 52nd anniversary with a parade and Doa Kesyukuran Ceremony at Dental Services building, Berakas Garrison.

Present as the Guest of Honour was Colonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Services (CDS) of the Dental Services RBLF. Also present were Senior Dental Officers, Dental Officers, Dental Services Sergeant Major, Senior Non-Commissioned Officers and dental personnel including civilian staff as well as staff from the Technical Equipment Maintenance Division.

The event started with parade inspection, followed by a speech from CDS highlighting past key moments and achievements over the year. The event then concluded with the recitation of Doa Kesyukuran followed by the handing over of Dental Services Operating Procedures (SOP) book to all six Dental Centres including Dental Store and Laboratory in conjunction with this year's anniversary.

MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KHIDMAT PERGIGIAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 52

BERAKAS GARISON, Selasa, 11 Jun 2024 – Sempena Hari Ulang Tahun ke 52 tahun, Khidmat Pergigian, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Perbarisan dan Doa Kesyukuran bertempat di bangunan Khidmat Pergigian, Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Pergigian, Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan, anggota dan kakitangan awam Khidmat Pergigian serta Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal. 

Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan disusuli dengan ucapan dari Tetamu Kehormat di mana beliau mengimbas semula kejayaan yang telah dicapai pada tahun lalu. Seterusnya, Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan diikuti dengan penyerahan buku Prosedur Tetap (PROTAP) Khidmat Pergigian kepada enam Pusat Pergigian termasuk Stor dan Makmal Khidmat Pergigian, sempena sambutan pada tahun ini