PENANJONG GARRISON, Saturday, 1st June 2024 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, consented to attend the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 63rd Anniversary Celebration held in Penanjong Garrison. Highlight of the celebration was the grand parade. Static display was also unveiled to the public showing military vehicles and equipments.
Accompanying His Majesty were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office; His Royal Highness Prince 'Abdul Malik; and His Royal Highness 920 Major (U) Prince 'Abdul Mateen.
The arrival of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the members of the Royal Family at the Parade Square TI RBAF, Penanjong Garrison was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II and Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF.
His Majesty proceeded to the Royal Dais to receive the Royal Salute followed by the inspection of the parade contingents, consisting of 981 RBAF personnel from the Royal Brunei Land Force; Royal Brunei Navy; Royal Brunei Air Force; Special Forces Regiment and the Women Military Personnel, the parade was commanded by Lieutenant Colonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Commanding Officer of Engineer Regiment RBLF. A total of 286 personnel from RBLF participated in the parade, including the Royal Regimental Colour Flag bearers from First Battalion RBLF (1Bn RBLF) led by Lieutenant Haji Abdul Wa'ie bin Haji Tamin, Regimental Signal Officer, 1Bn RBLF.
The grand parade then proceeded with the slow and fast march-past, carrying His Majesty's and the RBAF's regimental flags. His Majesty the Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam then consented to deliver his Titah for the Royal Brunei Armed Forces 63rd Anniversary Celebration. The salutations of "Daulat Kebawah Duli Tuan Patik" was then called out three times from the parade followed with Royal Salute and Doa Selamat.
His Majesty and members of the Royal Family then proceeded to Football Field 'B' using the Light Tactical All-Terrain Vehicle (LT-ATV) to witness the Solidarity Jump. The Solidarity Jump is a parachute jump demonstration comprising 31 combined Special Forces paratroopers from eleven (11) countries including personnel from the 31st Squadron Royal Brunei Air Force and Special Forces Regiment.
His Majesty and members of the Royal Family then proceeded to Dewan Nikmat to view the RBAF Military Capabilities and Defence Industries Exhibition. This year's exhibition was participated by defence industries from 20 countries worldwide showcasing the latest military equipment and technology.
His Majesty and members of the Royal Family were then escorted to the Officers' Mess for a cake-cutting ceremony in conjunction of RBAF's 63rd Anniversary and a luncheon.
This year's theme of 'Together in Accomplishing the National Vision' is the manifestation of the RBAF as an organization making headway, united in its loyalty to the Monarch and the Country, constantly embedding noble values to reach the country's vision together.
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM ACARA SAMBUTAN ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE 63
PENANJONG GARISON, Sabtu, 1 Jun 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksasa Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) ke 63 di Penanjong Garison. Fokus utama acara itu adalah perbarisan raksasa. Pameran statik juga telah diperkenalkan kepada orang ramai dengan mempamerkan kenderaan dan peralatan ketenteraan.
Mengiringi keberangkatan Baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Ahli-ahli Kerabat Diraja di Padang Kawad IL ABDB, Penanjong Garison dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II dan Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan kemudian di junjung ke Dais Diraja bagi Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa kontinjen perbarisan yang terdiri daripada 981 anggota ABDB dari Tentera Darat Diraja Brunei; Tentera Laut Diraja Brunei; Tentera Udara Diraja Brunei; Rejimen Pasukan Khas; dan Anggota Tentera Wanita dibawah Ketua Kawalan Perbarisan, Leftenan Kolonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Pegawai Pemerintah Skuadron Jurutera Tempur. Seramai 286 anggota TDDB telah menyertai perbarisan tersebut termasuk Kawalan Panji-panji daripada Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB) yang diketuai oleh Leftenan Haji Abdul Wa'ie bin Haji Tamin, Pegawai Semboyan 1Bn TDDB.
Upacara tersebut kemudian disusuli dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat oleh Pasukan-pasukan Perbarisan dan Panji-panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Panji-panji Pasukan ABDB. Baginda kemudian berkenan mengurniakan Titah Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke 63. Sembah "Daulat Kebawah Duli Tuan Patik" dilaungkan sebanyak tiga kali daripada perbarisan, dan diteruskan dengan Tabik Hormat Diraja, dan Doa Selamat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Ahli-ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung berangkat ke Padang Bola 'B' menggunakan kenderaan Light Tactical All-Terrain Vehicle (LT-ATV) bagi menyaksikan acara Penerjunan Perpaduan iaitu persembahan terjun payung yang terdiri daripada 31 penerjun-penerjun gabungan pasukan khas daripada 11 negara-negara sahabat serta anggota-anggota daripada Skuadron 31 Tentera Udara Diraja Brunei dan Rejimen Pasukan Khas.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Ahli-ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung berangkat ke Dewan Nikmat bagi menyaksikan Pameran Keupayaan Tentera dan Industri Pertahanan yang menampilkan peralatan dan teknologi terkini yang terdiri syarikat-syarikat industri pertahanan antarabangsa daripada 20 negara, dihasrat untuk membantu ABDB menjana usaha memperkembangkan keupayaan operasi kearah pertahanan negara yang lebih mampan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan seterusnya berangkat ke Mes Pegawai bagi Upacara Memotong Kek sempena Sambutan HUT ABDB ke 63 dan Majlis Santap Tengahari.
Tema Sambutan HUT ABDB tahun ini "Bersama Menjayakan Wawasan Negara" merupakan penghayatan ABDB sebagai sebuah organisasi yang maju dan bersatu padu setia kepada Raja dan negara serta mengamalkan nilai-nilai mulia bagi bersama-sama menjayakan ke arah pencapaian wawasan negara.