Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI LAND FORCE PARTICIPATES IN BRUNEI DARUSSALAM'S 40TH NATIONAL DAY CELEBRATION

BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 24th February 2024 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam have consented to join the citizens and residents of Brunei Darussalam in celebrating the country's 40th National Day, along with other members of the Royal Family at the Hassanal Bolkiah National Stadium today.

The celebration commenced with the national anthem. His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam inspected the Guard of Honour  comprised of 409 personnel from the Royal Brunei Armed Forces, the Royal Brunei Police Force and a combination of band from the RBAF and RBPF. The Parade Commander was Lieutenant Colonel Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Staff Officer Grade One, Directorate of Personnel.

This year's national day celebration, themed 'Bersatu Mencapai Cita Negara' involved 25000 participants, among them 635 personnel from RBLF partakes the parade, march-past, Silent Precision Drill Squad (SPDS) and field performance.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 40

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Februari 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini dalam Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke 40 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain di Stadium Hassanal Bolkiah.

Sambutan tersebut dimulakan dengan lagu kebangsaan, diteruskan pemeriksaan Kawalan Kehormatan dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Pegawai Turus, Jabatanarah Keanggotaan, ABDB sebagai Ketua Perbarisan untuk 409 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Gabung Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). 

Sambutan hari kebangsaan tahun ini yang bertemakan 'Bersatu Mencapai Cita Negara' melibatkan 25000 peserta, antaranya 635 anggota TDDB yang antaranya menyertai Kawalan Kehormatan, perarakan lalu, Skuad Kawad Senyap dan Tepat dan persembahan padang